Skip to main content

Dunia

WHO bersatu hati luluskan ketetapan terhadap Rusia

Anggaran Waktu Membaca:

GENEVA: Anggota rantau Eropah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) meluluskan ketetapan pada Selasa (10 Mei) yang boleh menyebabkan pejabat serantau Rusia ditutup dan mesyuarat di negara itu digantung sebagai tindak balas terhadap pencerobohan di Ukraine.

Sesi khas rantau Eropah itu meluluskan ketetapan tersebut, disokong oleh Ukraine dan Kesatuan Eropah (EU), dengan 43 undi menyokong dan tiga menentang (Rusia, Belarus, Tajikistan) manakala dua berkecuali.

Para penyokong menganggapnya sebagai satu langkah politik yang penting dalam mengasingkan Moscow dan berkata mereka menghadapi keperitan untuk mengelakkan sebarang kesan besar terhadap sistem kesihatan Rusia, lapor Reuters.

Ketetapan itu merujuk kepada "kecemasan kesihatan" di Ukraine, berdasarkan kematian besar-besaran serta risiko penyakit kronik dan berjangkit yang berpunca daripada tindakan ketenteraan Rusia.

Utusan Rusia Andrey Plutnitsky membantah ketetapan itu dan berkata beliau "amat kecewa".

"Kami percaya ini akan menimpakan bahaya besar terhadap sistem penjagaan kesihatan global," katanya kepada anggota mesyuarat dan pegawai tinggi WHO.

 

Sumber : CNA/KF/kf
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita