WHO beri amaran ubat kencing manis palsu diedar di seluruh dunia
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar hiasan: iStock)
GENEVA: Ubat kencing manis palsu diedarkan di seluruh dunia sejak 2022, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memberi amaran dalam satu kenyataan pada Khamis (20 Jun), menurut laporan Agensi Berita Jerman (dpa).
Pihak berkuasa kesihatan merujuk secara khusus kepada penemuan di Britain, Amerika Syarikat dan Brazil sejak Oktober 2023.
Ubat yang terlibat ialah Ozempic, ubat yang mengandungi bahan aktif semaglutide, yang juga diluluskan oleh Kesatuan Eropah (EU) untuk rawatan penyakit kencing manis jenis 2.
Versi palsu kelihatan sama dengan ubat sebenar. Oleh kerana produk itu juga menyekat selera makan, ia lebih sering diberi sebagai preskripsi untuk penurunan berat badan.
Namun, ubat palsu mungkin tidak mengandungi jumlah bahan aktif yang betul dan oleh itu boleh menyebabkan gula dalam darah tidak terkawal bagi pesakit kencing manis, menurut WHO, sambil menambah bahawa ia mungkin juga mengandungi bahan aktif lain yang berisiko kepada kesihatan.
WHO menyeru doktor, ahli farmasi, pihak berkuasa pengawalseliaan dan orang awam untuk berwaspada.
Orang ramai hanya perlu membeli ubat melalui preskripsi dari farmasi dan bukan secara online, menurut WHO.
Pengguna perlu memastikan bahawa skala dos pada pen insulin dipaparkan dengan betul, label kelihatan betul dan tiada kesalahan ejaan pada kotak, tambah WHO.

Sumber : Bernama/AT/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.