Skip to main content

Dunia

WHO beri amaran krisis kesihatan di Sudan

Anggaran Waktu Membaca:
AMMAN: Pengarah Serantau Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) bagi Mediterranean Timur, Ahmed Mandhari pada Khamis (27 Apr) memberi amaran mengenai krisis kesihatan di Sudan dan menggesa pihak yang bertelagah di negara itu supaya segera mengosongkan kemudahan kesihatan.

Agensi berita Jordan (Petra) melaporkan kenyataan Mandhari kepada Agensi Anadolu bahawa  walaupun berita gencatan senjata di Sudan disambut baik, serangan terhadap infrastruktur kesihatan Sudan sudah meningkat dengan hospital di Khartoum dan makmal kesihatan awam pusat negara itu diduduki pihak yang terlibat dalam konflik.

Beliau berkata pendudukan dan pencerobohan di kemudahan kesihatan penting itu menghalang pesakit daripada mendapatkan penjagaan kesihatan asas selain menyebabkan pemberhentian ujian penting sampel makmal.

Beliau memberi amaran bahawa kesan pendudukan di kemudahan kesihatan penting itu menyebabkan pesakit tidak mendapat akses kepada penjagaan kesihatan penting selain ujian penting sampel makmal terpaksa dihentikan.

Beliau berkata WHO bimbang individu yang tidak terlatih boleh menyalahgunakan spesimen berjangkit itu, dan menjangkiti diri mereka sendiri serta orang lain.
Sumber : Bernama/HY/hy
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita