Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

WHO beri amaran 'Kraken'; varian terbaru XBB.1.5 COVID-19

Anggaran Waktu Membaca:
WHO beri amaran 'Kraken'; varian terbaru XBB.1.5 COVID-19

(Gambar: iStock)

Diterbitkan : 07 Jan 2023 07:44PM Dikemas Kini : 07 Jan 2023 07:45PM
GENEVA: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyuarakan keprihatinan terhadap varian terbaru COVID-19 iaitu XBB.1.5.

Juga dikenali sebagai 'Kraken' oleh sesetengah media, ia dipercayai merebak dengan lebih pantas berbanding subvarian COVID-19 yang lain.

WHO menyatakan subvarian itu telah menular ke merata Amerika Syarikat.

Dan ia sudahpun dikesan di sekurang-kurangnya 28 negara lain termasuk United Kingdom.

"Ia adalah subvarian yang paling mudah menular, yang pernah dikesan sejauh ini. Sebabnya adalah, mutasi yang terdapat pada subvarian Omicron ini yang membolehkan virus itu melekat pada sel dan bertambah dengan lebih mudah," ujar DR Maria Van Kerkhove, Ketua Teknikal COVID-19, WHO.

Tambah beliau, WHO menyuarakan keprihatinan mereka
terhadap penularannya, khususnya di beberapa negara di Eropah dan di Amerika Utara terutama sekali bahagian timur laut Amerika Syarikat (AS), di mana XBB.1.5 sudah pantas menggantikan varian-varian lain.

Menurut WHO, varian baru itu tidak lebih berbahaya berbanding varian-varian lain.

Namun para pakar sudahpun menyuarakan keprihatinan betapa pantasnya ia menular serta keupayaannya untuk menangkis imuniti dan perlindungan vaksin.

Terdapat juga laporan beberapa individu yang sudah pulih daripada jangkitan COVID-19 sebelum ini yang dijangkiti semula dengan varian terbaru itu.

 
Sumber : AGENCIES/AI/ss

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan