Skip to main content

Dunia

WHO beri amaran kes COVID-19 meningkat akibat varian baharu

Anggaran Waktu Membaca:
WHO beri amaran kes COVID-19 meningkat akibat varian baharu

Ibu pejabat WHO di Geneva. (Gambar fail: Fabrice COFFRINI/AFP)

Diterbitkan : 09 Jun 2025 07:04PM Dikemas Kini : 09 Jun 2025 07:06PM
WASHINGTON: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengeluarkan amaran mengenai kenaikan kes jangkitan COVID-19 yang dikaitkan dengan kemunculan varian baharu, NB.1.8.1, yang kini sedang disiasat.

Demikian menurut laporan Agensi Berita Emiriah (WAM).

Walaupun pertubuhan itu mengesahkan bahawa varian baharu tersebut tidak menimbulkan risiko kesihatan yang lebih besar berbanding varian terdahulu, WHO menegaskan bahawa evolusi berterusan virus ini boleh mencetuskan gelombang jangkitan yang baharu.

Menurut WHO, kenaikan jumlah kes semasa selari dengan corak bermusim virus dan menekankan perlunya untuk kemasukan ke hospital atau unit rawatan rapi masih rendah berikutan tahap imuniti masyarakat yang meluas serta perlindungan vaksinasi yang tinggi.

Badan kesihatan global itu mengklasifikasikan tahap risiko global secara keseluruhan sebagai "tinggi", dan menggesa setiap negara memperkukuh pemantauan kesihatan, menyepadukan COVID-19 ke dalam strategi penyakit pernafasan bermusim, membanteras maklumat palsu dan menggalak individu untuk terus mematuhi langkah pencegahan.
Sumber : Bernama/NK/at
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita