WHO beri amaran jika terlalu gopoh tarik balik sekatan COVID-19
Ketua Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada Rabu (6 Mei) memberi amaran terhadap risiko kembali semula ke sekatan pergerakan dan perintah berkurung yang lebih ketat jika negara-negara tidak menarik balik sekatan-sekatan sedemikian dengan teliti dan secara bertahap-tahap.

Ketua WHO Tedros Adhanom Ghebreyesus. (Gambar: AFP)
ZURICH/GENEVA: Ketua Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada Rabu (6 Mei) memberi amaran terhadap risiko kembali semula ke sekatan pergerakan dan perintah berkurung yang lebih ketat jika negara-negara tidak menarik balik sekatan-sekatan sedemikian dengan teliti dan secara bertahap-tahap.
Ketua Pengarah WHO Tedros Adhanom Ghebreyesus turut menyenaraikan beberapa langkah yang perlu dilaksanakan sebelum negara-negara memutuskan untuk menarik balik langkah-langkah yang memang dikhususkan untuk mengawal penularan COVID-19 seperti kawalan pemantauan dan kesediaan sistem kesihatan.
"Risiko kembali semula ke langkah menutup sempadan dan menguatkuasakan perintah berkurung boleh berlaku jika negara-negara tidak menarik balik sekatan-sekatan itu dengan teliti dan secara bertahap-tahap," katanya semasa taklimat maya di Geneva.
Beliau juga berkata bahawa keadaan tidak mungkin dapat kembali seperti sedia kala setelah pandemik berakhir kelak, sambil menekankan betapa pentingnya untuk membuat pelaburan dalam sistem kesihatan.
"Wabak COVID-19 lama-kelamaan akan reda tetapi keadaan tidak akan kembali kepada sedia kala," katanya.
Muat turun aplikasi BERITAmediacorp bagi iOS atau Android dan langgani saluran Telegram kami bagi perkembangan terkini virus korona COVID-19: https://t.me/BERITAmediacorp
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.