WHO bekerja rapat dengan China jelang Tahun Baru Cina; prihatin terhadap data COVID-19
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyatakan kekurangan data menyulitkan usahanya untuk membantu China menangani risiko berlaku lonjakan kes jangkitan COVID-19 semasa cuti perayaan Tahun Baru Cina.

(Gambar: AFP)
GENEVA: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyatakan kekurangan data menyulitkan usahanya untuk membantu China menangani risiko berlaku lonjakan kes jangkitan COVID-19 semasa cuti perayaan Tahun Baru Cina.
Ini sedang ekonomi kedua terbesar di dunia itu dibuka semula selepas tiga tahun melalui pengasingan.
Cuti perayaan itu, yang sebelum pandemik lazimnya menyaksikan orang ramai melakukan perjalanan secara beramai-ramai, berlaku di tengah-tengah pertikaian diplomatik berhubung sekatan-sekatan COVID-19 di mana Beijing memperkenalkan sekatan perjalanan ke atas warga Korea Selatan dan Jepun pada Rabu (11 Jan).
Virus COVID-19 menular dengan pantas di China selepas Beijing secara mendadak memutuskan untuk memansuhkan langkah-langkah sekatan yang ketat pada awal Disember selepas berlaku bantahan besar-besaran.
WHO menyatakan ia masih belum lagi menerima maklumat yang secukupnya dari China untuk membuat penilaian penuh terhadap bahaya lonjakan kes jangkitan itu.
"Kami sedang bekerjasama dengan rakan-rakan kerja kami di China," kata Abdi Rahman Mahmud, pengarah bagi jabatan penyelarasan respons & kewaspadaan WHO, yang juga berkata negara itu mempunyai beberapa strategi bagi menangani individu yang melakukan perjalanan dari kawasan berisiko tinggi ke berisiko rendah serta ujian COVID-19 dan klinik.
"Namun untuk memahaminya dengan lebih baik kami memerlukan data itu," katanya.
Sehubungan itu, terdapat juga isu dalam usaha menjalin kerjasama dengan China tentang bagaimana untuk menangani risiko perjalanan yang akan dilakukan menjelang Tahun Baru Cina, yang akan disambut mulai 21 Januari, menurut WHO.
SEKATAN PERJALANAN
China memansuhkan syarat kuarantin terhadap para pelawat ke negara itu pada Ahad, iaitu salah satu peraturan terakhir bagi rejim sekatan COVID-19 yang disifatkan sebagai yang paling ketat di dunia.
Namun keprihatinan terhadap skala dan kesan penularan koronavirus mendorong lebih berpuluh-puluh negara untuk mensyaratkan para pelawat dari China menunjukkan hasil negatif ujian COVID-19 sebaik tiba di negara mereka.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.