WHO bakal umum hasil taklimat penularan COVID-19 di China
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: AFP/Fabrice Coffrini)
GENEVA: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dijangka mengumumkan hasil taklimat daripada China, berhubung maklumat yang bercanggah mengenai penularan besar COVID-19 di negara itu.
Secara rasmi, China melaporkan bilangan kematian yang kecil berkaitan virus itu sejak ia berpaling daripada dasar sifar-COVID-19.
Bagaimanapun langkahnya yang menarik balik langkah-langkah kawalan ketat secara mendadak bulan lalu, menyebabkan sistem jagaan kesihatannya tertekan.
Malah permintaan bagi perkhidmatan pengebumian juga dilapor naik mendadak.
WHO mengundang saintis China untuk berbincang mengenai isu tersebut setelah muncul kebimbangan mengenai ketepatan data China berhubung penularan COVID-19 dan evolusinya.
Ia mahu gambaran yang lebih realistik tentang apa yang sedang berlaku di China sekarang ini.
Agensi itu mendesak Beijing supaya telus berhubung datanya mengenai kemasukan pesakit ke hospital, kematian dan vaksinasi.
Sesetengah pakar kesihatan antarabangsa meramalkan bahawa China mungkin menyaksikan sehingga satu juta kematian akibat COVID tahun ini.
Firma data kesihatan yang berpangkalan di Britain, Airfinity menyatakan, sekitar 9,000 orang di China mungkin maut setiap hari akibat COVID-19.
Pertemuan pakar-pakar WHO dengan China itu diaturkan selepas banyak negara di serata dunia mengetatkan sekatan ke atas para pelancong dari China.
Sekatan-sekatan tersebut bagaimanapun tidak menghambat semangat rakyat China untuk ke luar negara, dengan syarikat-syarikat pelancongan tempatan mencatatkan permintaan yang tinggi.
Pihak berkuasa Thailand menyatakan, negaranya menjangkakan sekurang-kurangnya lima juta pelancong dari China tahun ini.
Thailand merupakan antara negara yang tidak mengenakan peraturan lebih ketat ke atas para pelancong China.

Sumber : Reuters/DY/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.