WHO: Amerika Selatan kini pusat penularan baru pandemik COVID-19
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memberi amaran Amerika Selatan kini menjadi "pusat penularan" baru virus korona COVID-19.
Orang ramai memakai pelitup berjalan di pantai Ipanema di Rio de Janeiro, Brazil pada 19 Mei 2020. (Gambar: AFP/Carl DE SOUZA)
GENEVA: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memberi amaran Amerika Selatan kini menjadi "pusat penularan" baru virus korona COVID-19.
Menurut Pengarah Eksekutif bahagian Program Kecemasan Kesihatan, Dr Michael Ryan, ketika ini terdapat peningkatan kes dengan mendadak di banyak negara di benua Amerika Selatan.
"Oleh itu, Amerika Selatan sudah menjadi pusat baru penularan penyakit itu.
"Kita lihat banyak negara di benua itu itu mencatat jumlah kes yang meningkat dan jelas sekali ada kebimbangan di banyak negara tersebut,"katanya.
Brazil paling terkesan dengan mencatat 22,000 kematian manakala kes jangkitan mencecah 347,000.
Peru merupakan yang kedua tertinggi di Amerika Latin.
Muat turun aplikasi BERITAmediacorp bagi iOS atau Android dan langgani saluran Telegram kami bagi perkembangan terkini COVID-19: https://t.me/BERITAmediacorp
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.