WhatsApp lancar ciri baharu cari mesej ikut tarikh
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: AFP)
CALIFORNIA: WhatsApp mengumumkan ciri carian mesej pada aplikasi permesejan tersebut, mengikut tarikh.
Melalui langkah itu, para pengguna boleh memilih sebarang perbualan dan seterusnya melihat mesej pada sesuatu tarikh dengan mudah.
Untuk mengakses ciri tersebut, pilih sebarang perbualan di WhatsApp, kemudian tekan pada nama, pilih ikon carian dan pilih tarikh mana yang anda ingin melihat sesuatu mesej.
Menurut WhatsApp, langkah itu memudahkan lagi proses carian, selain membolehkan para pengguna melihat perkongsian mesej pada sesuatu hari dengan lebih mudah.
Ciri itu sudah tersedia pada iPhone, WhatsApp Web dan juga WhatsApp Desktop.
Sokongan sama sedang diperkenalkan secara berperingkat untuk para pengguna Android bermula Khamis (29 Feb).

Sumber : Agensi berita/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.