Skip to main content

Dunia

WhatsApp dakwa wartawan, masyarakat awam disasar perisian pengintip Israel

Anggaran Waktu Membaca:
WhatsApp dakwa wartawan, masyarakat awam disasar perisian pengintip Israel

Logo WhatsApp. (Gambar: Kirill KUDRYAVTSEV / AFP)

Diterbitkan : 01 Feb 2025 01:49PM Dikemas Kini : 01 Feb 2025 02:55PM
WASHINGTON: Hampir 100 wartawan dan anggota awam lain yang menggunakan WhatsApp, iaitu aplikasi kiriman mesej popular keluaran Meta, disasar oleh perisian pengintip yang dimiliki oleh Paragon Solutions, iaitu syarikat pembuat perisian penggodaman Israel.

Syarikat tersebut mendakwa demikian pada Jumaat (31 Jan).

Wartawan dan masyarakat awam lain dimaklumkan tentang kemungkinan pelanggaran peranti mereka, dengan WhatsApp memberitahu agensi berita Guardian bahawa ia mempunyai "keyakinan tinggi" bahawa 90 pengguna berkenaan telah disasarkan dan "mungkin terjejas".

Masih tidak jelas dalang di sebalik serangan tersebut. Seperti pembuat perisian pengintip lain, perisian penggodaman Paragon digunakan oleh pelanggan pemerintah dan WhatsApp menyatakan ia tidak dapat mengenal pasti pelanggan yang mengarahkan serangan yang didakwa itu.

Para pakar berkata penyasaran itu adalah serangan "sifar klik", yang bermaksud sasaran tidak perlu menekan mana-mana pautan berniat jahat sebelum menjadi mangsa.

WhatsApp enggan mendedahkan di mana wartawan dan masyarakat awam yang terjejas berpangkalan, termasuk sama ada mereka berpangkalan di Amerika Syarikat.

Paragon mempunyai pejabat Amerika di Chantilly, Virginia. Syarikat itu telah dipantau rapi baru-baru ini selepas majalah Wired pada Oktober lalu melaporkan bahawa ia telah memeterai kontrak AS$2 juta (S$2.7 juta) dengan bahagian penyiasatan keselamatan dalam negeri Penguatkuasaan Imigresen dan Kastam Amerika Syarikat.

WhatsApp menyatakan pihaknya menghantar Paragon sepucuk surat "untuk berhenti" dan bahawa ia sedang meneroka pilihan undang-undangnya. Ia menyatakan serangan yang didakwa itu telah dipintas pada Disember dan masih tidak jelas berapa lama sasaran itu mungkin terancam.

Syarikat itu sedang memaklumkan mangsa mengenai dakwaan penggodaman itu, yang akan dihubungi melalui WhatsApp.
Sumber : AGENCIES/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita