Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

WhatsApp bakal hadkan penghantaran mesej berantai

Warga India mengirim lebih banyak mesej, gambar dan video berantai berbanding negara-negara lain di dunia.

Anggaran Waktu Membaca:
WhatsApp bakal hadkan penghantaran mesej berantai

(Gambar: Dado Ruvic/Reuters)

Diterbitkan : 20 Jul 2018 12:57PM Dikemas Kini : 20 Jul 2018 12:58PM

INDIA: WhatsApp milik Facebook Inc, akan menguji satu ciri yang menghadkan pengiriman mesej berantai bagi semua pengguna. Aplikasi mesej itu mendedahkan hal itu semalam (19 Jul) ekoran beberapa kejadian ganas di India yang tercetus akibat mesej-mesej palsu di media sosial.

Menurut WhatsApp, ia juga akan menguji had lebih rendah iaitu hanya lima ruang sembang sekaligus, di mana mesej-mesej berantai boleh dihantar oleh pengirim. Butang kiriman pintas bersebelahan mesej kandungan media juga akan ditiadakan.

Warga India mengirim lebih banyak mesej, gambar dan video berantai berbanding negara-negara lain di dunia.

Kejadian membelasah dan kematian yang dicetuskan oleh mesej-mesej bersifat mengapi-apikan di India iaitu pasaran WhatsApp terbesar dengan lebih 200 juta pengguna, menimbulkan masalah besar dalam perhubungan awam. Ini menyebabkan pihak berkuasa menggesa satu tindakan segera untuk mengatasinya.

Sumber : Reuters/KN/kn
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan