Skip to main content

Dunia

WEF beri amaran 14 juta pekerjaan akan hilang jelang 2027

Anggaran Waktu Membaca:
WEF beri amaran 14 juta pekerjaan akan hilang jelang 2027

Gambar fail logo Forum Ekonomi Dunia (WEF). (Gambar: Reuters/Denis Balibouse)

TORONTO: Gangguan besar akan berlaku dalam pasaran pekerjaan dalam tempoh lima tahun mendatang apabila lebih banyak syarikat mendakapi teknologi kecerdasan buatan (AI) dan ekonomi global bertambah buruk.

Demikian menurut laporan terkini Forum Ekonomi Dunia (WEF), dipetik oleh agensi berita Anadolu.

AI serta keadaan ekonomi dan sosial dijangka mengakibatkan kehilangan 83 juta pekerjaan, dengan hanya 69 juta pekerjaan diwujudkan menjelang 2027, menurut laporan yang diterbitkan pada Ahad (30 Apr) itu.

Ia akan mengakibatkan kehilangan bersih sebanyak 14 juta pekerjaan yang membentuk dua peratus daripada pekerjaan semasa.

Laporan itu menjangkakan hampir satu perempat daripada pekerja akan bertukar kerja, terutamanya disebabkan oleh kemunculan teknologi baru.

Penggunaan teknologi dan akses digital yang lebih tinggi juga akan mewujudkan tambahan pekerjaan bersih, namun dengan pengimbangan yang lebih besar daripada kerugian.

Pertumbuhan ekonomi yang lebih perlahan, kekurangan bekalan dan inflasi turut menimbulkan risiko besar kepada pekerjaan.

Kemunculan AI akan mempertaruhkan banyak pekerjaan secara langsung apabila robot menggantikan manusia dalam beberapa keadaan.

Menurut WEF lagi, pekerjaan penyimpanan rekod dan pentadbiran mungkin berkurangan sebanyak 26 juta menjelang 2027, menurut WEF.

Menurut laporan itu, pada 2020, majikan percaya 47 peratus pekerjaan akan diautomasikan menjelang 2025.

Pada masa ini, mereka menjangkakan angka itu mencecah 42 peratus menjelang 2027.
Sumber : Bernama/HY/hy
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita