Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Washington tingkatkan rondaan di Laut China Selatan yang dipertikaikan

Sebuah kapal pemusnah Tentera Laut Amerika sudah belayar berhampiran pulau-pulau yang dituntut oleh China di Laut China Selatan pada hari Jumaat lalu.

Anggaran Waktu Membaca:
Washington tingkatkan rondaan di Laut China Selatan yang dipertikaikan

(Gambar: Louis Nastro/REUTERS)

Diterbitkan : 16 Sep 2019 04:40PM Dikemas Kini : 16 Sep 2019 04:47PM

WASHINGTON: Sebuah kapal pemusnah Tentera Laut Amerika sudah belayar berhampiran pulau-pulau yang dituntut oleh China di Laut China Selatan pada hari Jumaat lalu.

Kementerian pertahanan China mengatakan ia sudah "mengusir" kapal USS Wayne E. Meyer berhampiran kelompok kepulauan kecil yang tidak didiami yang dikenali sebagai Xisha di China.

Jurucakap Tentera Pembebasan Rakyat (PLA) menuduh Amerika Syarikat cuba menguasai navigasi di Laut China Selatan.

Menurutnya, tindakan itu sudah menjejas kepentingan kedaulatan China.

Washington sudah meningkatkan rondaan di perairan yang dipertikaikan untuk mencabar tuntutan kawasan maritim oleh Beiijing.

China berkata ini membuktikan bahawa Amerika kurang ikhlas mahu mengekalkan keamanan global serta keselamatan dan kestabilan serantau.

Beijing memberi amaran akan melakukan apa sahaja untuk mempertahankan kedaulatannya.
Amerika mendakwa, China sudah meningkatkan aktiviti ketenteraan di perairan yang dipertikaikan itu.

Kawasan tersebut merupakan salah satu laluan laut tersibuk di dunia, yang juga dituntut oleh Brunei, Malaysia, Filipina dan Vietnam.

Sumber : Reuters/RR/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan