Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Washington: Pelan damai Israel-Palestin sudah siap

Askar-askar Israel pada Rabu (5 Sep) menahan 16 penduduk Palestin di pelbagai kawasan di bandar-bandar Tebing Barat. Demikian menurut sumber Palestin yang dilaporkan agensi berita Jordan, Petra.

Anggaran Waktu Membaca:
Washington: Pelan damai Israel-Palestin sudah siap

Tentera Israel. (Gambar: MUSSA QAWASMA/REUTERS)

Diterbitkan : 05 Sep 2018 11:53PM Dikemas Kini : 06 Sep 2018 12:01AM

RAMALLAH: Askar-askar Israel pada Rabu (5 Sep) menahan 16 penduduk Palestin di pelbagai kawasan di bandar-bandar Tebing Barat. Demikian menurut sumber Palestin yang dilaporkan agensi berita Jordan, Petra.

Satu kenyataan oleh Persatuan Tahanan Penjara Palestin pula menyatakan nahawa askar-askar Israel menyerbu bandar-bandar Hebron, Tulkarem, Nablus, Tubas, Jenin, Baitulaham dan Ramallah serta memberkas 16 penduduk Palestin.

Kempen-kempen tangkapan itu dilancarkan Isreal secara harian ke atas puluhan penduduk Palestin di pelbagai bandar dan perkampungan di wilayah tersebut.

AS: PELAN DAMAI TIMUR TENGAH SUDAH SIAP

Dalam pada itu, Washington menyatakan pelan damai bagi menyelesaikan konflik Israel-Palestin yang disediakan Rumah Putih sudah siap dan akan dibentangkan tidak lama lagi, lapor agensi berita Xinhua memetik Duta Besar Amerika Syarikat ke Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Nikki Haley.

"Saya sudah membaca pelan itu, Ia sudah siap," katanya kepada pemberita di ibu pejabat PBB pada Selasa.

Beliau berkata perincian mengenai pelan damai itu banyak melibatkan Jared Kushner dan Jason Greenblatt.

"Kushner adalah menantu Presiden Donald Trump dan penasihat kanan bagi Timur Tengah sementara Greenblatt wakil perdamaian di Timur Tengah dan Rundingan Antarabangsa," kata Cik Haley.

Terdapat laporan mengatakan Rumah Putih sedang dalam proses untuk mendedahkan pelan damai yang disifatkan Trump sebagai "perjanjian abad ini".

Ditanya bila Presiden Trump akan mendedahkan pelan damai itu, Cik Haley berkata: "Bila bos hadir ke meja rundingan."

"Kami beri jaminan (Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu) akan ke meja rundingan...Presiden Palestin Mahmoud Abbas, demi kebaikan rakyatnya, perlu datang ke meja rundingan," katanya.

Sumber : Bernama/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan