Washington dilanda banjir besar, gabenor beri amaran krisis berpanjangan
Gabenor Washington, Bob Ferguson, memberi amaran bahawa negeri itu bakal berdepan minggu dan bulan yang mencabar.
Anggaran Waktu Membaca:
SNOHOMISH: Gabenor Washington, Bob Ferguson, memberi amaran bahawa negeri itu bakal berdepan minggu dan bulan yang mencabar. Ini susulan bencana banjir yang masih berterusan, yang menenggelamkan beberapa kawasan di barat laut Amerika Syarikat.
Dalam kenyataan pada Sabtu (13 Dis), Encik Ferguson menyifatkan tempoh mendatang sebagai “amat menekan bagi ramai penduduk Washington” sedang hujan lebat yang berpanjangan terus memburukkan lagi keadaan, lapor Astro Awani.
Amaran itu dikeluarkan ketika para penduduk dan pasukan kecemasan di bandar-bandar sepanjang Sungai Skagit di barat negeri tersebut bersiap sedia untuk menghadapi kemungkinan empangan pecah.
Tentera Pengawal Kebangsaan turut dikerahkan bagi membantu operasi pemindahan selepas beberapa hari dilanda hujan lebat dan banjir besar.
Fenomena cuaca ekstrem berkenaan berpunca daripada siri ribut “sungai atmosfera”, arus udara besar yang membawa lembapan padat dari lautan, yang melanda kawasan barat laut Pasifik, termasuk sebahagian Idaho utara dan Montana barat, lapor Astro Awani.
Di samping itu, pihak berkuasa tempatan turut mengeluarkan amaran banjir besar di beberapa daerah. Sekolah dan perkhidmatan awam juga ditutup buat sementara waktu.
Ribuan penduduk sudah dipindahkan, dan kerosakan infrastruktur meluas turut dilaporkan.

Sumber : Agensi berita/AZ/az
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.