Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Warung di Melaka ini perkenal kios layan diri serupa dengan restoran makanan segera

Anggaran Waktu Membaca:
Warung di Melaka ini perkenal kios layan diri serupa dengan restoran makanan segera

Gambar: TikTok/@warongkopimanggisroad

TAMAN GEMBIRA: Restoran-restoran sentiasa mencari cara-cara yang inovatif untuk mengatasi pesaing-pesaing mereka memandangkan industri makanan dan minuman (F&B) sangat berdaya saing.

Ini mungkin dicapai dengan menggunakan kaedah-kaedah yang menarik semasa menyediakan makanan, termasuk menggunakan bahan-bahan yang unik dalam makanan yang disiapkan, sistem yang teratur untuk para penghantar makanan ataupun melalui kaedah pemasaran yang bijak dan lucu.

Baru-baru ini, sebuah warung di Melaka menjadi tular kerana memperkenalkan sebuah kios layan diri untuk memperhaluskan lagi proses pemesanan makanan.

Kios itu pula persis mesin layan diri yang biasanya digunakan oleh rangkaian-rangkaian restoran makanan segera dan tentu sekali bukan sesuatu yang disaksikan di sesebuah warung.

Dalam rakaman video TikTok yang dikongsi oleh Warong Kopi Manggis Road ini, ia memaparkan mesin layan dirinya yang tersendiri.

Kapsyen pada hantaran tersebut berbunyi: "Kios pemesan makanan ini sudahpun dipasang. Ia hasil maklum balas dan dorongan anda semua. Kami berharap ia akan memberi manfaat kepada kita semua."

Menerusi video berkenaan, anda boleh melihat barisan beratur untuk membuat pesanan melalui kios tersebut.

Menu restoran itu juga boleh didapatkan di kios berkenaan lengkap dengan gambar makanan yang dihidangkan.

Video itu tular di TikTok dan berhasil memperolehi lebih 587,300 tontonan.

Ramai netizen turut menulis komen bagi memuji warung tersebut kerana membuat pelaburan sedemikian dalam perniagaan mereka.
Dalam pada itu, ada juga netizen yang mengusulkan saranan kepada pemilik warung tersebut supaya menambah jumlah kios yang disediakan bagi mengurangkan masa membuat pesanan.
Sumber : Agensi berita/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan