Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Wartawan Saudi yang dilapor hilang di Istanbul dipercayai dibunuh

Polis Turki percaya wartawan Arab Saudi yang hilang beberapa hari lalu di pejabat konsulat Saudi di Istanbul, sudah mati dibunuh.

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 07 Oct 2018 04:01PM Dikemas Kini : 07 Oct 2018 10:02PM

ISTANBUL: Polis Turki percaya wartawan Arab Saudi yang hilang beberapa hari lalu di pejabat konsulat Saudi di Istanbul, sudah mati dibunuh.

Ini selepas polis Turki mengesahkan sekitar 15 warga Saudi termasuk pegawai kerajaan tiba di Istanbul dan berada di pejabat tersebut semasa wartawan berkenaan ke sana.

Akhbar Saudi bagaimanapun menukil seorang pegawai konsulat negara itu yang menafikan pembunuhan wartawan Jamal Khashoggi.

Sebelum ini, Ankara melancarkan siasatan rasmi atas kehilangan wartawan berkenaan. Encik Khashoggi dilaporkan hilang beberapa hari lalu selepas ke pejabat konsulat Saudi di Istanbul untuk satu temu janji.

Dalam laporan-laporan beliau sebelum ini, Encik Khashoggi mengkiritik beberapa dasar kerajaan Saudi dan peranan Saudi dalam peperangan di Yaman.

Lantaran bimbang akan dikenakan tindakan atas kritikan-kritikannya, beliau kemudian berpindah ke Amerika Syarikat.

Sumber : Reuters/RU/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan