Wartawan Maria Ressa dan Dmitry Muratov pemenang Hadiah Nobel Keamanan 2021
Wartawan Filipina Maria Ressa dan wartawan Rusia Dmitry Muratov memenangi Hadiah Nobel Keamanan 2021 pada Jumaat (8 Okt).

Wartawan Filipina Maria Ressa. (Gambar fail: REUTERS)
OSLO: Wartawan Filipina Maria Ressa dan wartawan Rusia Dmitry Muratov memenangi Hadiah Nobel Keamanan 2021 pada Jumaat (8 Okt).
"Cik Ressa dan Encik Muratov menerima Hadiah Keamanan itu atas perjuangan mereka yang berani untuk mempertahankan kebebasan bersuara di Filipina dan Rusia," kata Pengerusi Jawatankuasa Nobel Norway Berit Reiss-Andersen dalam satu sidang media.

Encik Dmitry Muratov. (Gambar: AP)
"Pada masa yang sama, mereka mewakili semua wartawan yang memperjuangkankebebasan bersuara di dunia di mana demokrasi dan hak kebebasan bersuara media semakin berdepan keadaan yang buruk," tambahnya.
Majlis penyampaian Hadiah Nobel Keamanan bakal berlangsung pada 10 Disember, iaitu ulang tahun kematian usahawan Sweden, Alfred Nobel, yang mengasaskan anugerah tersebut pada tahun 1895.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.