Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Wartawan Al Jazeera mungkin ditembak mati secara tidak sengaja, kata tentera Israel

Siasatan Israel ke atas pembunuhan wartawan Al Jazeera, Shireen Abu Akleh, pada Mei menyimpulkan bahawa beliau berkemungkinan ditembak secara tidak sengaja oleh seorang askar Israel dan bukan dengan sengaja dijadikan sebagai sasaran, menurut tentera Israel pada Isnin (5 Sep).

Anggaran Waktu Membaca:
Wartawan Al Jazeera mungkin ditembak mati secara tidak sengaja, kata tentera Israel

(Gambar: Ozan Kose/AFP)

Diterbitkan : 05 Sep 2022 10:44PM Dikemas Kini : 05 Sep 2022 10:44PM
BAITULMAKDIS: Siasatan Israel ke atas pembunuhan wartawan Al Jazeera, Shireen Abu Akleh, pada Mei menyimpulkan bahawa beliau berkemungkinan ditembak secara tidak sengaja oleh seorang askar Israel dan bukan dengan sengaja dijadikan sebagai sasaran, menurut tentera Israel pada Isnin (5 Sep).

Shireen, warga Amerika Syarikat-Palestin, ditembak mati pada 11 Mei ketika membuat liputan tentang operasi ketenteraan Israel di bandar Jenin di Tebing Barat. Kematiannya masih lagi dipertikaikan.

Tentera Israel menyatakan pasukan yang menjalankan operasi di Jenin diserang hebat dari semua penjuru dan telah melepaskan tembakan tindak balas, termasuk ke arah kawasan di mana Shireen berdiri iaitu sekitar 200 meter dari kedudukannya. Namun, mereka tidak dapat mengenal pasti bahawa Shireen adalah seorang wartawan.

Ia menyatakan "besar kemungkinan Cik Shireen ditembak secara tidak sengaja oleh senjata IDF yang melepaskan tembakan ke arah suspek-suspek yang dikenal pasti sebagai para lelaki Palestin yang bersenjata".

Tambahnya, terdapat juga kemungkinan bahawa Cik Shireen ditembak oleh lelaki Palestin yang bersenjata.

Kematian Cik Shireen, antara wartawan paling dikenali bagi liputannya berhubung konflik Israel-Palestin selama dua dekad, mencetuskan kemarahan di seluruh dunia, terutama selepas pihak polis mengasari orang ramai yang berkabung di upacara pengebumiannya di Baitulmakdis.

Keterangan saksi-saksi lain mengenai insiden itu bagaimanapun mempertikaikan kedudukan Israel di bawah serangan dari kawasan di mana Cik Shireen berdiri ketika beliau dibunuh.

“Semua bukti, fakta dan siasatan yang telahpun dijalankan membuktikan bahawa Israel adalah pelakunya dan ia sudah membunuh Shireen serta harus dipertanggungjawabkan atas jenayahnya,” kata Nabil Abu Rudeineh, jurucakap Presiden Palestin Mahmoud Abbas.

Siasatan Israel, yang termasuk soal siasat dengan tentera IDF, analisis tempat kejadian serta rakaman-rakaman audio dan video, mendapati ia "mustahil untuk menentukan dengan jelas punca tembakan" yang membunuh Cik Shireen.

Namun, Israel sudah berulang kali menafikan bahawa Cik Shiree menjadi sasaran tenteranya. Ia menambah siasatan menunjukkan bahawa tentera telahpun bertindak mengikut peraturan pertempuran.

"Kami boleh mengatakan dengan 100 peratus kepastian bahawa tiada tentera IDF yang sengaja menghalakan tembakan ke arah wartawan atau individu yang tidak terlibat di lapangan," kata seorang pegawai kanan tentera yang memberi taklimat kepada wartawan mengenai dapatan siasatan kes tersebut.

Pemeriksaan forensik ke atas peluru yang membunuh Cik Shireen, dijalankan di bawah pengawasan AS pada Julai, gagal mencapai sebarang kesimpulan kerana peluru tersebut sudah rosak teruk.

Satu laporan daripada Jabatan Negara AS pada Julai lalu merumuskan bahawa Cik Shireen mungkin terbunuh oleh tembakan dari kedudukan Israel tetapi tiada bukti yang menunjukkan bahawa wartawan itu sengaja menjadi sasaran tentera Israel.
Sumber : Reuters/FZ/fz

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa