Warisan sedia kerjasama dengan parti anjuran Dr Mahathir
Parti Warisan Sabah (Warisan) sedia bekerjasama dengan parti baru yang diumumkan oleh bekas Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad.
(Gambar: Bernama)
TAWAU: Parti Warisan Sabah (Warisan) sedia bekerjasama dengan parti baru yang diumumkan oleh bekas Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad.
Presidennya Encik Mohd Shafie Apdal berkata kerjasama itu boleh dicapai sekiranya agenda parti baru itu selari dengan perjuangan parti mengenai rakyat dan Sabah.
"Asalkan landasan perjuangan sesebuah politik itu selaras dengan apa yang kita lihat dalam penentuan hak-hak di Sabah, kepentingan rakyat serta dasar-dasar yang kita perjuangkan," katanya dalam sidang media selepas menyempurnakan penyerahan lot penempatan mangsa kebakaran Kampung Tanjung Batu Otentik serta penyerahan geran tanah di daerah Tawau dan daerah Kalabakan di sini, hari ini (8 Ogos).
Ketua Menteri Sabah itu berkata demikian semasa mengulas pengumuman Dr Mahathir semalam mengenai penubuhan parti baharu yang tidak terikat atau menyokong mana-mana gabungan parti sama ada Pakatan Harapan (PH) atau Perikatan Nasional (PN).
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.