Skip to main content

Dunia

Warisan putuskan bakal bertanding dalam PRN Johor

Parti Warisan (Warisan) memutuskan untuk bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang akan diadakan pada 12 Mac ini.

Anggaran Waktu Membaca:

JOHOR BAHRU: Parti Warisan (Warisan) memutuskan untuk bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang akan diadakan pada 12 Mac ini.

Presiden Warisan Mohd Shafie Apdal bagaimanapun berkata jumlah kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang ingin ditandingi parti itu belum dimuktamadkan.

“Ia (jumlah kerusi DUN) akan diumumkan pada masa yang sesuai,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan pelancaran Warisan Johor di sebuah restoran pada Selasa (15 Feb).

Ketika ditanya sama ada Warisan bergerak solo atau bekerjasama dengan mana-mana parti lain bagi PRN Johor, Ahli Parlimen Semporna itu berkata tumpuannya buat masa ini adalah untuk parti itu mendekati rakyat.

“Namun, perkara ini (solo atau kerjasama dengan parti lain) akan dilihat mengikut keadaan…ingin kita dampingi ialah mereka yang menentukan siapa yang memerintah bukan sahaja Johor, bahkan Malaysia,” kata beliau.

Mengulas khabar angin berhubung bekas Pengerusi Bersatu Johor Mazlan Bujang menyertai Warisan, Encik Mohd Shafie berkata buat masa ini, Encik Mazlan hanya meluahkan keinginan untuk membantu Warisan.

Pada Januari lalu, Encik Mazlan, yang juga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Puteri Wangsa, mengumumkan keluar daripada Bersatu. Namun, beliau tidak menyertai mana-mana parti ketika itu serta menyatakan sokongannya kepada Barisan Nasional (BN).

Di majlis itu, Encik Mohd Shafie turut mengumumkan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Suhaimi Salleh sebagai Ketua Koordinator Warisan Johor.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh 12 Mac sebagai hari pengundian dengan penamaan calon pada 26 Februari manakala pengundian awal pada 8 Mac.

Sumber : Bernama/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita