Warisan buat masa ini bergerak solo hadapi PRU15
Parti Warisan masih belum membuat keputusan untuk bekerjasama dengan mana-mana parti atau pihak bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), kata presidennya Mohd Shafie Apdal.
Presiden Warisan Mohd Shafie Apdal (Gambar fail: BERNAMA)
“Buat masa ini, kita ingin pastikan bahawa Warisan menjadi pilihan rakyat Malaysia terlebih dahulu dan selepas PRU15 nanti, baru kita akan teliti mana-mana parti dan pihak yang bersesuaian untuk melakukan kerjasama.
“Namun, pada saat ini, kita bekerjasama dengan rakyat dari Perlis hingga ke Sabah,” katanya semasa sidang media selepas pelancaran Warisan peringkat negeri di Kangar hari ini (23 Jul).
Sebelum ini, parti itu sudah menebarkan sayap ke Negeri Sembilan, Johor serta Pulau Pinang dan selepas Perlis, Encik Mohd Shafie berkata Warisan akan mengembangkan sayapnya ke Kedah.
“Kita tidak bercadang membuka cawangan di seluruh semenanjung Malaysia, sebaliknya, hanya memilih beberapa negeri yang boleh meraih sambutan,” katanya.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.