Skip to main content

Dunia

Waris nahas MH17 desak hakim siasat pelibatan Rusia

Waris nahas pesawat Malaysia Airlines MH17 mendesak hakim yang terlibat dengan kes berkenaan supaya menyiasat dakwaan pelibatan Rusia dalam insiden itu.

Anggaran Waktu Membaca:
Waris nahas MH17 desak hakim siasat pelibatan Rusia

(Gambar; AFP)

Diterbitkan : 09 Nov 2021 12:00PM

AMSTERDAM: Waris nahas pesawat Malaysia Airlines MH17 mendesak hakim yang terlibat dengan kes berkenaan supaya menyiasat dakwaan pelibatan Rusia dalam insiden itu.

Ini termasuk peranan Rusia dalam konflik di Ukraine, yang sebahagiannya mungkin mencetuskan serangan ke atas pesawat itu.

Waris nahas mahu siasatan terperinci dijalankan.

Mereka mendakwa wujud pelibatan pegawai tertinggi tentera Kremlin dalam insiden itu.

Keengganan Rusia bekerjasama dalam siasatan MH17 juga memberi bayangan ada sesuatu yang tidak kena.

Rusia sebelum ini menafikan sebarang pelibatan dalam nahas berkenaan.

Pasukan penyiasat merumuskan pesawat MH17 ditembak dengan peluru berpandu darat ke udara, ketika melintasi ruang udara Ukraine.

Nahas itu mengorbankan kesemua 298 penumpang dan anak kapal.

Ketika ini empat suspek, tiga daripadanya warga Rusia dan seorang warga Ukraine dibicarakan hanya dengan kehadiran peguam.

Perbicaraan dijangka disambung semula pada Disember ini.

Ini diikuti dengan keputusan perbicaraan yang dijadual pada tahun depan.

Sumber : Agensi berita/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita