Skip to main content

Dunia

Waris mangsa MH17 akur keputusan mahkamah Belanda, harap pelaku dihukum

Anggaran Waktu Membaca:
SHAH ALAM: Seorang waris mangsa tragedi pesawat penumpang MH17 yang ditembak jatuh dengan peluru berpandu buatan Rusia pada 2014 akur dengan keputusan Mahkamah Belanda pada Khamis (17 Nov) yang mendapati tiga daripada empat tertuduh bersalah.

Wanita yang enggan dinamakan itu bagaimanapun berharap semua pelaku dihukum setimpal dengan perbuatan mereka.

Beliau berkata perbicaraan yang berlangsung tanpa kehadiran tertuduh turut mengundang rasa tidak puas hati kerana mereka masih bebas di luar sana.

“Selama ini pun kami ada peguam dari Belanda, beliau suruh datang (ke negara itu) tapi kami (waris mangsa MH17) tidak pergi kerana tiada wang untuk bayar tambang dan sebagainya.

"Kami dari dulu hingga kini mengharapkan keadilan, nak sangat empat orang ini dibawa ke muka pengadilan dan terima balasan setimpal dengan apa yang mereka buat kepada keluarga kami," katanya ketika dihubungi Bernama pada Khamis malam.

Mahkamah Daerah The Hague pada Khamis (17 Nov)memutuskan bahawa dua warga Rusia dan seorang warga Ukraine bersalah atas pertuduhan menembak jatuh pesawat milik Malaysia Airlines itu pada 2014 serta menyebabkan kesemua 298 penumpang dan krunya terbunuh.

Mereka ialah Igor Girkin, Sergei Dubinsky dan Leonid Kharchenko.

Bagaimanapun, mahkamah itu membebaskan seorang lagi warga Rusia iaitu Oleg Pulatov daripada pertuduhan sama.
Sumber : Bernama/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita