Warga Syria yang 6 bulan tinggal di klia2 akan dihantar pulang ke negara asal
Seorang lelaki warga Syria, Hassan Al Kontar, yang sedang direman 14 hari kerana tinggal di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) sejak Mac lalu, akan dihantar pulang ke negara asalnya dalam waktu terdekat.

Petikan skrin video yang dimuatnaikkan oleh Hassan Al Kontar di laman Twitternya.
PUTRAJAYA: Seorang lelaki warga Syria, Hassan Al Kontar, yang sedang direman 14 hari kerana tinggal di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) sejak Mac lalu, akan dihantar pulang ke negara asalnya dalam waktu terdekat.
Timbalan Menteri Dalam Negeri Malaysia, Mohd Azis Jamman berkata langkah itu terpaksa diambil setelah Hassan menolak untuk tinggal di beberapa negara anggota ASEAN yang sudi menerimanya dan hanya mahu ke Kanada, yang menetapkan beliau hanya boleh memasuki negara itu dalam masa dua tahun dari sekarang.
"Malaysia tidak boleh membiarkan dia tinggal di klia2 selama 24 bulan. Jadi saya berharap Hassan menukar fikiran dan tinggal di mana-mana negara yang sudi menerimanya sementara berhijrah ke Kanada," kata Encik Mohd Azis kepada para wartawan hari ini (4 Okt).
Hassan ditahan polis pada Isnin lalu (1 Okt) kerana berada di 'kawasan yang dilarang' di klia2 dan direman selama 14 hari.
Ketua Pengarah Imigresen Malaysia Mustafar Ali, ketika mengumumkan penahanan Hassan pada Selasa lalu (2 Okt), berkata warga Syria itu bertindak memalukan Malaysia melalui pelbagai kenyataan di media sosial sejak memasuki negara itu pada 7 Mac lalu. Beliau juga memberikan alasan enggan pulang ke Syria kerana bimbang dipaksa menjadi tentera.
LAPORAN BERKAITAN:
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.