Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Warga S'pura Ix Shen dan isterinya putuskan untuk tinggalkan Kyiv

Rakyat Singapura, Ix Shen dan isterinya yang merupakan seorang warga Ukraine, memutuskan untuk meninggalkan Kyiv sedang tentera Rusia terus menyerang Ukraine.

Anggaran Waktu Membaca:
Warga S'pura Ix Shen dan isterinya putuskan untuk tinggalkan Kyiv

Petikan dari video Instagram Ix Shen.

SINGAPURA: Rakyat Singapura, Ix Shen dan isterinya yang merupakan seorang warga Ukraine, memutuskan untuk meninggalkan Kyiv sedang tentera Rusia terus menyerang Ukraine.

Bekas pelakon tempatan itu dan isterinya Natalia, yang merupakan seorang pengamal perubatan tradisional Cina, berpangkalan di bandar itu sepanjang empat bulan lalu. Encik Shen menyampaikan perkembangan terkini secara kerap kepada Mediacorp mengenai situasi di Kyiv.

"Berdasarkan maklumat terkini, kami memutuskan bahawa ia tidak wajar untuk terus berlindung di bawah tanah sepanjang fasa konflik seterusnya," kata Encik Shen dalam video yang dimuat naik ke laman Instagramnya pada Selasa (8 Mac).

"Maka itu, kami akan meninggalkan Kyiv untuk melakukan perjalanan ke arah barat dan sambil itu kami akan membuat perancangan seterusnya. Kami yakin kami akan berada dalam keadaan selamat dan okey."

Dalam wawancara bersama Mediacorp pada bulan lalu, Encik Shen berkata mereka tidak mempunyai rancangan untuk berpindah ketika itu. Beliau menarik perhatian bahawa walaupun mereka mempunyai rancangan sandaran untuk meninggalkan tempat itu, terdapat beberapa isu untuk dipertimbangkan seperti perlu mengharungi cuaca sejuk di samping "terkandas di lebuh raya tanpa sebarang petrol, bekalan makanan".

Beliau juga berkata bahawa beliau mempunyai kewajipan moral untuk berkongsi pengalamannya dan memaklumkannya seluruh dunia tentang apa yang berlaku di Kyiv. Dalam beberapa wawancaranya, bunyi semboyan serangan udara dan tembakan boleh didengari, memaksanya untuk berlindung.

Kementerian Ehwal Luar Singapura sebelum ini menyatakan pada 28 Februari lalu bahawa terdapat sekurang-kurangnya sembilan rakyat Singapura di Ukraine. Dalam kemas kini pada 3 Mac, Menteri Ehwal Luar Vivian Balakrishnan berkata tiga daripada mereka sudah meninggalkan Ukraine manakala baki enam masih berada di sana.

Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan