Warga SG mohon maaf kepada Agong; diarah bayar RM30,000 kerana musnahkan harta benda awam
Anggaran Waktu Membaca:
Gambar fail kawasan istana Johor.
JOHOR BAHRU: Seorang warga Singapura yang memiliki dua kerakyatan memohon maaf kepada Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim di Mahkamah Majistret di Johor Bahru dan diarahkan meninggalkan Malaysia setelah membayar denda pada minggu lalu.
Tertuduh, 32 tahun, diperintah membayar denda keseluruhan berjumlah RM30,000 (S$8,700), lapor Sinar Harian.
Ini selepas dia mengaku bersalah terhadap dua tuduhan menceroboh dan memecahkan cermin di bilik simpanan Jabatan Diraja Johor dan Makmal Konservasi Perabot dan Seni Visual, Muzium Diraja Abu Bakar di Johor Bahru pada 25 Februari lalu.
Selain itu, tertuduh merekodkan pengakuan bersalah terhadap tiga lagi kesalahan membabitkan perbuatan khianat memecahkan cermin bilik air Hotel Z bernilai RM1,500 (S$430) dan memasukkan dadah ke dalam badan sendiri, serta menetap di Malaysia melebihi tempoh yang dibenarkan.
Menurut peguam dari Tetuan Hasshahari & Partners, Mohd Radzlan Jalaludin yang mewakili tertuduh, tertuduh yang memiliki kerakyatan Belanda dijatuhi hukuman denda RM10,000 (S$2,900) dan RM4,500 (S$1,300) atas kesalahan memecahkan cermin bilik simpanan dan menceroboh Muzium Diraja Abu Bakar.
Bagi kesalahan ketiga, dia didenda RM3,000 (S$870) setelah memecahkan cermin kaca di Hotel Z sewaktu menginap di sana.
Menurut laporan Sinar Harian, tertuduh turut didenda tambahan RM10,000 (S$2,900) di bawah Akta Imigresen setelah menetap di Johor Bahru melebihi tempoh yang ditetapkan selama 183 hari.
Bagi kesalahan terakhir, dia mengaku bersalah atas kesalahan memasukkan dadah jenis methamphetamine dan amphetamine ke dalam tubuhnya. Tertuduh didenda RM2,500 (S$720) di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952.
Di dalam mitigasi bagi rayuan hukuman, Encik Mohd Radzlan berhujah dan memberitahu mahkamah bahawa anak guamnya adalah pesakit mental yang disahkan oleh Hospital Permai Johor, bagaimanapun waras ketika kejadian berlaku.
“Tertuduh turut menyesal di atas perbuatannya dan memohon maaf kepada Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim serta kerabat Diraja Johor, kerajaan Johor dan kerajaan Malaysia di atas kesalahan kali pertama dilakukan itu,” katanya kepada Sinar Harian.

Sumber : Agensi berita/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.