Warga SG maut dalam nahas motosikal di Lebuh Raya Utara Selatan
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: PDRM)
KULAI: Seorang pembonceng motosikal berkuasa tinggi warga Singapura maut manakala penunggangnya cedera selepas terbabit dalam kemalangan di Kilometer 49.5, Lebuh Raya Utara Selatan (arah selatan), hari ini (10 Dis).
Menurut laporan BH Online, dalam kejadian kira-kira jam 9.15 pagi itu, wanita yang berusia 21 tahun berkenaan disahkan meninggal dunia di lokasi kemalangan akibat cedera parah.

Ketua Polis Daerah Kulai, Penolong Komisioner Tan Seng Lee berkata kemalangan membabitkan sebuah motosikal jenis Kawasaki Ninja ZX-10 ditunggang lelaki warga Singapura berusia 23 tahun.
"Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila motosikal dari arah utara ke selatan itu hilang kawalan dan terbabas melanggar besi pembahagi jalan.
"Akibat kemalangan itu, pembonceng motosikal parah di bahagian kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
"Mayat mangsa dibawa ke Hospital Temenggong Seri Maharaja Tun Ibrahim (HTSMTI) di sini, untuk bedah siasat.
"Penunggang motosikal cedera di bahagian kaki dan menerima rawatan di hospital sama," katanya menerusi satu kenyataan media hari ini, seperti yang dipetik oleh BH Online.
Seng Lee berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Sumber : Agensi berita/NK/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.