Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Warga SG disyaki terlibat penipuan mata wang asing diberkas di Phuket

Anggaran Waktu Membaca:
BANGKOK: Seorang warga Singapura diberkas di Lapangan Terbang Phuket di Thailand pada Isnin (16 Jan) atas dakwaan terlibat dengan penipuan mata wang asing, menurut Jabatan Perhubungan Awam Phuket.

Lelaki yang dikenal pasti sebagai Daryl Yonghui Cai ditahan oleh para pegawai imigresen dan polis di dewan keberangkatan lapangan terbang tersebut, di mana dia sedang menunggu untuk menaiki pesawat Scoot TR659 menuju ke Singapura.

Menurut pihak berkuasa, Mahkamah Jenayah Thailand sudah mengeluarkan waran tangkap terhadap lelaki itu yang merupakan seorang suspek dalam kes penipuan yang dikenali sebagai penipuan Forex-3D.

"Para pegawai imigresen di dewan keberangkatan Lapangan Terbang Antarabangsa Phuket memeriksa pasport lelaki tersebut yang menunjukkan bahawa dia adalah Daryl yang merupakan suspek yang dikenakan waran tangkap itu," menurut Jabatan Perhubungan Awam Phuket dalam catatan Facebooknya pada Isnin (16 Jan).

Lelaki tersebut dipercayai adalah antara salah seorang suspek utama dalam penipuan Forex-3D, yang sedang disiasat oleh Jabatan Siasatan Khas Kementerian Keadilan (DSI).

Menurut DSI, laman web www.forex-3D.com digunakan sebagai saluran iklan untuk memperdayakan orang ramai supaya melabur dalam pertukaran mata wang asing dengan menawarkan pulangan sebanyak 60 hingga 80 peratus.

Sebelum Daryl diberkas, pihak berkuasa Thailand menggeledah kondominium mewah di Bangkok dalam usaha untuk menahan mendapat tahu tentang keberadaannya.

"Siasatan menunjukkan Daryl Yonghui Cai sudah melarikan diri dan menginap di kondominium tersebut bersama teman wanitanya. Ini mendorong pihak kami untuk mendapatkan waran tangkap terhadap suspek," menurut DSI dalam kenyataan medianya pada 14 Januari.

Pihak berkuasa bagaimanapun tidak menemui pasangan tersebut di kondominium berkenaan. Sungguhpun demikian, seorang pengawal keselamatan di kondominium itu memberitahu pihak berkuasa mengenai individu yang kelihatan mirip seperti teman wanita suspek. Individu tersebut sudah meninggalkan kawasan itu bersama individu lain sebelum para pegawai tiba di sana.
 
Sumber : CNA/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan