Skip to main content

Dunia

Warga SG direman 4 hari bantu siasatan kes khianat di Skudai

Anggaran Waktu Membaca:
Warga SG direman 4 hari bantu siasatan kes khianat di Skudai

(Gambar hiasan: Lee/Canva)

Diterbitkan : 09 Jun 2025 05:08PM Dikemas Kini : 09 Jun 2025 05:11PM
JOHOR BAHRU: Lelaki warga Singapura yang ditahan pada Ahad (8 Jun) bagi membantu siasatan kes pertengkaran dengan seorang individu dan perbuatan khianat terhadap sebuah kereta di Taman Ungku Tun Aminah, Skudai direman selama empat hari bermula Isnin (9 Jun).

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara ACP Balveer Singh Mahindar Singh mengesahkan perkara itu ketika dihubungi Bernama pada Isnin.

“Suspek direman selama empat hari hingga 12 Jun ini,” katanya ringkas.

Suspek berusia 40 tahun itu ditahan semalam susulan laporan berkaitan kejadian berkenaan yang melibatkan pertengkaran dengan seorang lelaki tempatan serta tindakannya menendang sebuah kereta sehingga mengalami kerosakan.

Hasil siasatan awal mendapati suspek tidak mempunyai rekod jenayah dan didapati negatif dadah dengan lelaki itu dibawa ke Mahkamah Johor Bahru pada Isnin untuk proses permohonan reman.

Kes disiasat mengikut Seksyen 426 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat dan Seksyen 509 kanun sama kerana mengaibkan kehormatan seseorang.

Terdahulu, pihak polis mengesan satu video tular di Facebook memaparkan dua lelaki sedang bertengkar di kawasan tepi jalan dan kesan remuk pada sebuah kereta.
 
Sumber : Bernama/AT/at
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita