Skip to main content

Dunia

Warga SG diburu CNB diberkas di Bangkok, dipercayai edar dadah

Seorang rakyat Singapura yang dikatakan dikehendaki polis kerana dipercayai mengedar dadah di Singapura diberkas di sebuah hotel Bangkok semasa serbuan oleh polis Thailand, pegawai imigresen dan pegawai dari Pejabat Lembaga Kawalan Narkotik (ONCB).

Anggaran Waktu Membaca:
Warga SG diburu CNB diberkas di Bangkok, dipercayai edar dadah

Antara barang yang dirampas termasuk telefon bimbit, pasport, kunci kereta dan wang tunai milik suspek dalam serbuan yang dijalankan. (Gambar: Facebook/ONCB)

Diterbitkan : 09 Jul 2025 10:46PM Dikemas Kini : 09 Jul 2025 10:47PM
BANGKOK: Seorang rakyat Singapura yang dikatakan dikehendaki polis kerana dipercayai mengedar dadah di Singapura diberkas di sebuah hotel Bangkok semasa serbuan oleh polis Thailand, pegawai imigresen dan pegawai dari Pejabat Lembaga Kawalan Narkotik (ONCB).

Dalam satu kenyataan di Facebook, ONCB mengumumkan pada Selasa (8 Jul) ia berjaya memberkas Tan Leng Chong, 50 tahun pada Sabtu lalu (5 Jul).

Ia menambah Tan adalah individu dikehendaki dalam waran tangkap yang dikeluarkan oleh Biro Narkotik Pusat (CNB) di Singapura pada Mei lalu kerana didakwa mengedar dadah dari Thailand ke Singapura.

Setiausaha Agung ONCB, Phanurat Lakboon berkata Tan ditemui bersembunyi di Pattaya, wilayah Chonburi, seperti dilaporkan oleh wadah berita Thailand Bangkok Post.

Dia menjadikan Thailand sebagai tempat persembunyian serta markas untuk menjalankan operasi pengedaran dadah, menurut laporan berita NBT Connext dari jabatan hubungan awam kerajaan Thailand.

ONCB menyatakan pada Sabtu lalu, pasukan penyiasat mendapati Tan melakukan perjalanan ke Bangkok dan dia dilihat bertemu dengan dua rakyat Indonesia di sebuah hotel.

Seorang lelaki dan wanita warga Indonesia dipercayai terbabit dalam operasi menyeludup dadah juga diberkas di bilik hotel berkenaan, di mana dadah haram seperti ecstasy, ketamine dan Erimin-5 dirampas.

Kenyataan ONCB menyatakan CNB Singapura sebelum ini memohon kerjasama dari pasukan NSB dan ONCB Thailand untuk bantu menyiasat dan menjejaki rakyat Singapura yang dikeluarkan waran tangkap bagi kes-kes dadah yang sudah pun melarikan diri untuk tinggal di Thailand.

Individu-individu yang berada dalam senarai individu dikehendaki dihantar pulang ke Singapura untuk didakwa selepas mereka diberkas.

Kenyataan tersebut juga menyatakan ONCB menyelaras dengan CNB untuk berkongsi maklumat mengenai usaha menyiasat dan menjejaki individu dengan waran tangkap.

Di bawah Akta Penyalahgunaan Dadah 1973, kesalahan mengedar dadah membawa hukuman mati di Singapura.

Mediacorp sudah pun menghubungi CNB bagi mendapatkan komen.
Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita