Warga SG diberkas dalam serbuan makmal haram etomidate di Jakarta
Anggaran Waktu Membaca:
Gambar hiasan seorang individu digari. (Gambar fail: Jeremy Long/CNA)
- Polis Lapangan Terbang Soekarno-Hatta dan kastam menyerbu sebuah rumah di Pantai Indah Kapuk, Jakarta Utara, pada 17 Julai, menahan seorang warga Singapura dikenali sebagai LHM.
- Serbuan dilakukan selepas rampasan dua botol etomidate seberat 2,200 gram yang diseludup dari Malaysia dan dipintas di lapangan terbang.
- Pihak berkuasa menemui ribuan kartrij dadah siap edar serta peralatan makmal mini di rumah tersebut, yang baru beroperasi sehari sebelum serbuan.
- Suspek dan barang bukti telah dipindahkan ke polis lapangan terbang untuk siasatan lanjut, manakala makmal haram itu telah ditutup sepenuhnya.
TANGERANG: Polis Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta bersama pihak kastam menyerbu sebuah perusahaan di rumah yang menghasilkan dadah jenis etomidate di Jakarta Utara pada Jumaat (17 Jul), dengan seorang warga Singapura diberkas dalam operasi tersebut.
"Kami memberkas seorang warga asing dari Singapura dan merampas ribuan bahan bukti dalam operasi tersebut," kata Ketua Polis Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta, Pesuruhjaya Kanan Wisnu Wardana.
Agensi berita Antara melaporkan, suspek yang dikenali dengan nama singkatan LHM, 34 tahun, dipercayai terlibat dalam kegiatan menghasilkan dadah tersebut.
Antara bahan yang dirampas ialah beribu-ribu kartrij dadah yang siap untuk diedarkan, selain peralatan makmal mini yang digunakan untuk menghasilkan dadah tersebut.
Menurut Encik Wisnu, serbuan pada Jumaat (17 Jul) dilancarkan menyusuli siasatan yang dijalankan selepas pihak berkuasa merampas dua botol mengandungi 2,200 gram etomidate yang diseludup dari Malaysia dan berjaya dipintas oleh pihak kastam lapangan terbang, lapor Detik.com.
Jumlah etomidate yang dirampas itu dianggarkan cukup untuk menghasilkan sehingga 2,000 kartrij dadah.
Menyusuli rampasan tersebut, polis dan kastam melancarkan operasi bersama bagi membanteras sindiket di sebalik kegiatan penyeludupan itu.
Siasatan yang dijalankan membawa pihak berkuasa ke sebuah rumah di kawasan perumahan mewah Pantai Indah Kapuk, yang dijadikan makmal haram untuk menghasilkan dadah.
Polis mendapati operasi pengeluaran kartrij dadah di rumah tersebut baru bermula sehari sebelum serbuan dilakukan.
Siasatan lanjut sedang dijalankan untuk menentukan jumlah sebenar kartrij yang telah dihasilkan serta tempoh operasi sindiket itu dijalankan.
Encik Wisnu menambah, suspek dan barang bukti yang dirampas telah dipindahkan ke polis lapangan terbang untuk siasatan lanjut, manakala rumah di Pantai Indah Kapuk yang digunakan sebagai kilang dadah telah ditutup.

Sumber : Agensi berita/LL/ll
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.