Skip to main content

Dunia

Warga SG di Jepun atau ingin ke sana dinasihati daftar online dengan MFA

Warga Singapura yang berada di Jepun atau mahu melakukan perjalanan ke negara itu dinasihati supaya membuat pendaftaran online dengan Kementerian Ehwal Luar (MFA).

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Warga Singapura yang berada di Jepun atau mahu melakukan perjalanan ke negara itu dinasihati supaya membuat pendaftaran online dengan Kementerian Ehwal Luar (MFA).

Mereka juga dinasihatkan supaya membeli insurans perjalanan menyeluruh.

Ini menyusuli gempa bumi yang melanda wilayah Ishikawa.

Warga Singapura yang berada di Jepun dinasihati supaya menangguhkan perjalanan ke daerah yang terjejas dan mematuhi perintah pihak berkuasa tempatan.

Menurut MFA, tiada laporan sebarang warga Singapura yang terjejas oleh bencana itu.

Amaran tsunami dikeluarkan bagi kawasan-kawasan yang terjejas iaitu termasuk Ishikawa, Niigata dan Yamagata.

Namun, amaran tsunami itu telah pun ditarik balik.

Pemerintah Singapura turut mengutuskan takziah kepada Jepun dan keluarga yang terjejas oleh gempa bumi itu.
Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita