Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Warga SG cedera parah dalam nahas van di Mersing

Anggaran Waktu Membaca:
Warga SG cedera parah dalam nahas van di Mersing

Anggota bomba mengeluarkan mangsa yang tersepit dalam kemalangan membabitkan sebuah van dan lori 10 tan di Kilometer 20, Jalan Mersing-Jemaluang pada 7 Mac 2023. (Gambar: Utusan Malaysia)

Diterbitkan : 07 Mar 2023 10:23PM Dikemas Kini : 08 Mar 2023 07:53PM

MERSING: Seorang lelaki warga Singapura cedera parah manakala seorang lagi lelaki warga emas rakyat Malaysia meninggal dunia akibat tersepit apabila van dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori di Kilometer 20, Jalan Mersing-Jemaluang di Mersing pada Selasa (7 Mac). 

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Mersing, Pegawai Bomba Kanan II Mohamed Zainuddin Ahmad, berkata mangsa, Md Shash Mohd Said, 60 tahun, meninggal dunia di lokasi kejadian manakala Megat Omar Ismail, 57 tahun, mengalami cedera parah. 

Beliau berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 11.53 pagi, sebelum sebuah jentera 'Fire Rescue Tender' dan jentera Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dengan kekuatan sembilan anggota dikejarkan ke tempat kejadian. 

"Kemalangan tersebut melibatkan sebuah van jenis Nissan dan sebuah lori HINO 10 tan. Bagaimanapun, pemandu lori, Muhamad Fazli Bahri, 48 tahun, tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya dalam kenyataan.

Tambahnya, Pasukan Keluaran Operasi (PKO) menggunakan peralatan khas 'rescue tool cutter' dan 'spreader' sebelum Megat Omar disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan (KKM) dan jenazahnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Katanya, Megat Omar yang cedera parah berjaya dikeluarkan dan diserahkan kepada pihak KKM untuk dihantar ke Hospital Mersing. 

Terkini, BERITAmediacorp dimaklumkan oleh seorang rakan sekerja Encik Megat Omar, iaitu Encik Hakim Mohamed Johan, bahawa Encik Megat Omar merupakan salah seorang kakitangan Restoran Mihrimah yang terletak di North Bridge Rd.

Encik Hakim, yang merupakan pengurus syarikat GISB Holdings Singapore (syarikat subsidiari Restoran Mihrimah) memberitahu BERITAmediacorp bahawa Encik Megat dipindahkan dari Hospital Mersing ke Hospital Sultan Ismail di Johor Bahru sekitar pukul 7.00 malam semalam (7 Mac).

Beliau kemudian dihantar ke Hospital Besar Singapura (SGH) tengah hari Rabu (8 Mac) untuk menerima rawatan.

RALAT: Sebelum ini, laporan agensi berita Bernama menyatakan seorang warga Singapura, iaitu Encik Megat Omar Ismail, meninggal dunia dalam nahas di Mersing. Laporan kami sudah dikemas kini berdasarkan maklumat daripada sumber yang dekat dengan Encik Megat Omar.

Sumber : Bernama/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan