Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Warga SG boleh mula guna laluan elektronik di Koswe, Linkedua: Menteri M'sia

Ribuan warga Singapura yang memasuki Malaysia menerusi Koswe dan Linkedua kini mempunyai pilihan untuk menggunakan kemudahan laluan gerbang elektronik (e-gate).

Anggaran Waktu Membaca:
Warga SG boleh mula guna laluan elektronik di Koswe, Linkedua: Menteri M'sia

(Gambar: TODAY)

Diterbitkan : 20 Jan 2023 04:52PM Dikemas Kini : 20 Jan 2023 05:49PM

JOHOR BAHRU: Ribuan warga Singapura yang memasuki Malaysia menerusi Koswe dan Linkedua kini mempunyai pilihan untuk menggunakan kemudahan laluan yang mempunyai pintu pelepasan elektronik atau e-gate.

Menteri Dalam Negeri Malaysia Saifuddin Nasution Ismail mengumumkan langkah itu pada Jumaat (20 Jan) sambil berkata 20 laluan di pintu masuk dan keluar sempadan itu akan memanfaatkan 30,000 hingga 50,000 individu yang berulang alik antara Singapura dengan Johor Bahru setiap hari.

Beliau menyifatkan usaha itu sebagai penyelesaian jangka pendek untuk mempercepatkan aliran keluar masuk di kedua-dua pusat pemeriksaan.

"Saya sudah melihat sendiri kelancaran sistem ini yang mengambil masa jauh lebih singkat berbanding kaedah biasa, katanya".

"Namun kemudahan pergerakan keluar masuk e-gate kepada warga Singapura, dikenakan syarat-syarat minimum iaitu warga Singapura yang memegang pasport elektronik dengan tempoh sah laku pasport sekurang-kurangnya tiga bulan."

Tambahnya lagi, Jabatan Imigresen juga akan memperluaskan penggunaan e-gate ke negara berisiko rendah yang lain termasuk Brunei, United Kingdom, New Zealand, Australia dan Jepun.

Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Penyelarasan Menangani Kesesakan di Johor Bahru pada Jumaat.

Encik Saifuddin juga melawat Tambak Johor bersama beberapa pegawai persekutuan dan negeri pada pukul 5.00 pagi tadi.

Langkah itu merupakan lanjutan kepada penggunaan e-gate bagi pemegang pas lawatan sosial di pintu masuk Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sejak 15 November 2022.

Setakat bulan ini, KLIA mencatatkan 12,162 pergerakan keluar masuk oleh pemegang pas lawatan sosial.

Encik Saifuddin sebelum itu berkata Tambak Johor merupakan pusat pemeriksaan paling sesak di negara itu. Pada 2019, purata harian 253,717 orang melakukan perjalanan keluar masuk dari kedua-dua pusat pemeriksaan, termasuk Linkedua.

Purata harian 225,806 dan 218,061 individu melakukan perjalanan keluar masuk daripada kedua-dua pusat pemeriksaan itu masing-masing pada 2022 dan 2023 (setakat ini).

Sumber : Agensi berita/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan