Skip to main content

Dunia

Warga SG ambil perhatian jika rancang bercuti di Malaysia

Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap buruk hingga 23 November di beberapa daerah di Pahang dan Johor.

Anggaran Waktu Membaca:
KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap buruk hingga 23 November di beberapa daerah di Pahang dan Johor.

METMalaysia dalam kenyataannya menyatakan bahawa keadaan cuaca itu diramal membabitkan daerah Kuantan, Pekan dan Rompin bagi Pahang manakala daerah Segamat, Kluang, Mersing dan Kota Tinggi di Johor.

Hujan lebat berterusan tahap waspada diramal di Kelantan iaitu di daerah Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Tanah Merah, Bachok, Machang dan Pasir Puteh hingga Sabtu ini (23 Nov).

"Amaran hujan lebat berterusan tahap waspada bagi tempoh sama turut dikeluarkan di Terengganu dan beberapa daerah di Pahang iaitu Jerantut, Temerloh, Maran dan Bera.

"Sementara itu, amaran hujan lebat berterusan tahap waspada sehingga Rabu ini bagi beberapa daerah di Negeri Sembilan, Melaka dan Johor," lapor BH Online.
Sumber : Agensi berita/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita