Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Warga Perancis meninggal dunia semasa daki Gunung Jasar di Cameron Highlands

Anggaran Waktu Membaca:
Warga Perancis meninggal dunia semasa daki Gunung Jasar di Cameron Highlands

(Gambar: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia)

Diterbitkan : 07 Aug 2022 04:33PM Dikemas Kini : 07 Aug 2022 04:34PM

CAMERON HIGHLANDS: Seorang pendaki warga Perancis dipercayai pengsan sebelum meninggal dunia ketika mendaki Gunung Jasar di Cameron Highlands pada pagi Ahad (7 Ogos), lapor Astro AWANI. 

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 10.28 pagi yang memaklumkan terdapat seorang pendaki tidak sedarkan diri ketika melakukan aktiviti mendaki gunung.

Menurutnya lagi, sepasukan enam pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Cameron Highlands dengan dibantu oleh para anggota Polis Diraja Malaysia dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) bergegas ke tempat kejadian bagi menjalankan operasi menyelamat.

"Tindakan awal yang dilakukan adalah memberi bantuan pernafasan kepada mangsa yang pengsan, namun tiada tindak balas.

"Anggota bomba kemudiannya bertindak membawa mangsa turun dengan menggunakan pengusung.

"Mangsa bagaimanapun disahkan meninggal dunia oleh pasukan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang berada di tempat kejadian," katanya kepada Astro AWANI. 

Beliau berkata, mayat mangsa sudahpun diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Sumber : Agensi berita/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan