Warga Paris undi untuk haramkan e-skuter dari ibu kota Perancis
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: AFP/Geoffroy Van der Hasselt)
PARIS: Sebilangan besar penduduk Paris mengundi untuk mengharamkan skuter elektrik dari jalan-jalan raya ibu kota Perancis itu pada Ahad (2 Apr).
Ia merupakan satu referendum tidak terikat yang akan dilaksanakan, menurut pihak berkuasa bandar itu.
Pengharaman tersebut mendapat undian antara 85.77 peratus dengan 91.77 peratus di 20 daerah di Paris.
Menurut laman Bandar Paris, ia disifatkan sebagai "perundingan awam' dan menyebabkan barisan yang panjang di tempat mengundi merata Paris.
"Saya lebih berpihak untuk melarangnya, kerana keadaan di Paris huru-hara," seorang pekerja kereta api Ibrahim Beuchotak, 47 tahun, memberitahu Reuters TV.
"Cara ia bergerak, bahaya yang diakibatnya di Paris, pencemaran visual, ia tidak bagus."
Bandar-bandar di seluruh dunia sedang mengetatkan peraturan terhadap e-skuter, ia menghadkan jumlah pengendali serta kelajuan dan tempat ia boleh diletak.
Pada 2021, 24 orang maut akibat kemalangan berkaitan skuter di Perancis, termasuk satu kematian di Paris. Tahun lalu, Paris mencatat 459 kemalangan melibatkan e-skuter dan kenderaan serupa, termasuk tiga kemalangan dasyat.
Akses kepada skuter elektrik melalui aplikasi telefon bijak dikendalikan di Paris sejak 2018. Namun berikutan aduan mengenai penggunaannya yang tidak teratur, Paris mengurangkan jumlah pengendali kepada tiga.
Ia memberi mereka kontrak tiga tahun, dan memerlukan kelajuan skuter dihadkan kepada 20 kilometer sejam dan menetapkan kawasan di mana ia boleh diletak. Kontrak sedia ada akan tamat pada September.
Para pengendali juga menawarkan peraturan tambahan, termasuk memastikan pengguna berusia lebih 18 tahun, memasang plat lesen supaya polis dapat mengenal pasti para pesalah jalan raya dan menghadkan penggunaan kepada satu orang.
Pada Ahad (2 Apr), pengendali seperti Tier dan Lime menawarkan baucar percuma kepada pengguna untuk menggalakkan mereka menentang pengharaman tersebut.

Sumber : CNA/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.