Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Warga Palestin ditembak mati setelah rempuh kereta ke arah 6 polis Israel di Bailtulmakdis

Tentera Israel menembak mati seorang pemandu Palestin yang merempuh keretanya ke arah sekatan jalan polis, menyebabkan enam pegawai cedera, di kawasan kejiranan Baitulmakdis pada Ahad (16 Mei), menurut polis.

Anggaran Waktu Membaca:
Warga Palestin ditembak mati setelah rempuh kereta ke arah 6 polis Israel di Bailtulmakdis

Kawasan Palestin di Silwan di tembok Bandar Lama Baitulmaqdis. (Gambar: Reuters)

Diterbitkan : 17 May 2021 02:46PM Dikemas Kini : 17 May 2021 02:50PM

BAITULMAKDIS: Tentera Israel menembak mati seorang pemandu Palestin yang merempuh keretanya ke arah sekatan jalan polis, menyebabkan enam pegawai cedera, di kawasan kejiranan Baitulmakdis pada Ahad (16 Mei), menurut polis.

Kejadian itu berlaku di Sheikh Jarrah, di timur Baitulmakdis yang dicerobohi Israel, yang menjadi tumpuan satu kes mahkamah yang mungkin menyebabkan beberapa keluarga warga Palestin diusir daripada rumah-rumah mereka yang dituntut oleh peneroka Yahudi.

Rakaman video yang diperolehi Reuters menunjukkan sebuah kereta merempuh pada kelajuan tinggi ke arah sekatan jalan raya dalam apa yang disifatkan oleh polis sebagai serangan disengajakan. Polis menyatakan para pegawai melepaskan tembakan yang membunuh pemandu itu, yang namanya tidak segera didedahkan.

Abu Ubaida, jurucakap bagi kumpulan bersenjata Hamas memuji apa yang disifatkan sebagai "operasi berani" di Sheikh Jarrah.

Hamas memulakan serangan roket ke arah Israel pada Isnin setelah ketegangan selama berminggu-minggu berhubung kemungkinan penduduk Sheikh Jarrah diusir dan pertempuran antara polis dengan penduduk Palestin di masjid Al-Aqsa di Baitulmakdis.

Sumber : Reuters/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan