Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Warga Palestin ditembak mati askar Israel; keganasan memuncak di Tebing Barat

Anggaran Waktu Membaca:
Warga Palestin ditembak mati askar Israel; keganasan memuncak di Tebing Barat

Askar-askar warga Israel berdiri di sekeliling sebuah kenderaan tentera yang rosak di tempat kejadian berkenaan di bandar Beit Ummar di Tebing Barat. (Gambar: Ahmad Gharabli / AFP)

BEIT UMMAR: Seorang warga Palestin ditembak mati di Tebing Barat selepas merempuh sekumpulan rakyat Israel menggunakan keretanya.

Ketiga-tiga merupakan askar Israel dengan salah seorang daripada mereka dalam keadaan tenat.

Kejadian itu berlaku sehari selepas seorang warga Palestin turut ditembak mati di luar kawasan Masjid Al-Aqsa, setelah ditahan pasukan keselamatan Israel.

Polis Israel mendakwa lelaki tersebut telah cuba merampas senjata seorang pengawal di luar Masjid Al-Aqsa.

Namun begitu, menurut para jemaah Palestin di tempat kejadian, suspek sedang cuba membantu seorang wanita yang diganggu.

Wanita tersebut sedang dalam perjalanan ke Masjid Al-Aqsa, yang merupakan masjid ketiga paling suci dalam Islam.
 
Sumber : AGENCIES/AZ/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan