Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Warga Palestin bimbang keganasan meningkat sekiranya Netanyahu kembali berkuasa

Anggaran Waktu Membaca:

RAMALLAH: Prospek bahawa Benjamin Netanyahu kembali berkuasa sebagai pemimpin kepada salah sebuah parti gabungan sayap paling kanan dalam sejarah Israel mencetuskan kebimbangan dalam kalangan warga Palestin yang khuatir ia boleh menjadi permulaan kepada peningkatan konflik mereka dengan Israel.

Lebih 100 warga Palestin di Tebing Barat yang diduduki Israel dibunuh oleh tentera Israel tahun ini. 

Perdana Menteri Palestin Mohammad Shtayyeh mengatakan kemunculan parti-parti sayap kanan adalah "hasil semula jadi daripada ekstremisme dan sikap perkauman yang semakin meningkat dalam masyarakat Israel, yang menyebabkan penderitaan warga Palestin buat bertahun-tahun lamanya." 

Namun, warga Palestin "tidak akan menghentikan perjuangan sah mereka untuk menamatkan pendudukan, meraih kebebasan dan menubuhkan negara merdeka mereka dengan Baitulmakdis sebagai ibu kotanya, tidak kira siapa pemenang pilihan raya Israel." 

"Keputusan pilihan raya Israel mengesahkan bahawa Israel bukan rakan keamanan kami dan masyarakat antarabangsa perlu memikul tanggungjawabnya untuk melaksanakan ketetapan antarabangsa serta melindungi penduduk kami menyusuli kebangkitan parti-parti bersifat perkauman untuk berkuasa di Israel." 

Kepimpinan Palestin selama ini menyokong dan menjalinkan hubungan dengan parti-parti sayap kiri Israel dengan harapan untuk menyambung semula rundingan damai.

Dalam pada itu, warga Palestin turut meluahkan kemarahan bahawa Israel mengadakan lima pilihan raya dalam kurang empat tahun, manakala mereka akhir sekali mengundi pada 2006. 

Seorang aktivis undang-undang dari Nablus, Amer Hamdan, berkata di Facebook: "Bagaimana perasaan kami apabila melihat berjuta-juta warga Israel menuju ke pusat-pusat mengundi... dan kami tidak boleh memilih siapa yang mewakili kami, baik di Tebing Barat mahupun Carikan Gaza?"

Sumber : Agensi berita/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan