Skip to main content

Dunia

Warga Malaysia hilang ditemui di SG 4 tahun lalu meninggal dunia di Kelantan

Anggaran Waktu Membaca:
Warga Malaysia hilang ditemui di SG 4 tahun lalu meninggal dunia di Kelantan

Gambar fail: Bernama

Diterbitkan : 16 Apr 2024 12:51PM
KUALA LUMPUR: Jika empat tahun lalu anak-anaknya berkongsi berita gembira tentang pertemuan ayah mereka di Singapura tetapi pada Selasa (16 Apr), khabar duka pula dikongsikan.

Ali Jais, warga Malaysia yang terpisah dengan tiga anak kandungnya kira-kira 20 tahun ketika itu, meninggal dunia di Hospital Pasir Puteh, Kelantan, kira-kira pukul 4.00 petang pada Selasa (15 Apr).
"Abah pergi ketika saya sedang mengelap badannya. Saya memanggilnya tetapi tiada sahutan. Saya panggilkan jururawat dan bila diperiksa saya dimaklumkan Abah sudah tiada," kata Cik Hasliza, anak sulung, yang menghubungi Bernama untuk menyampaikan berita duka itu.

Menurut Cik Hasliza, bapanya dibawa ke Kelantan untuk menyambut Aidilfitri bersama keluarga di sana telah dimasukkan ke hospital pada hari Raya kedua akibat jangkitan kuman di paru-paru.

Pencarian anak-anak Encik Ali, sekitar November 2020, telah menarik perhatian rakyat Singapura yang turut membantu mencari warga emas itu.

Pencarian Encik Ali berakhir kurang 24 jam selepas berita berkaitan dirinya dilaporkan oleh koresponden Bernama di Singapura.

Encik Ali, 88 tahun, ditemui di sebuah rumah jagaan warga emas di Singapura.

Walaupun bersedih hanya sempat bersama kira-kira empat tahun sahaja selepas ditemukan, Cik Hasliza dan dua lagi adiknya tetap bersyukur bapanya menghembuskan nafas terakhirnya di sisi keluarga di Malaysia.

Atas kerjasama baik pihak berkaitan di kedua-dua negara, Encik Ali berjaya dibawa pulang ke pangkuan anak-anaknya sebulan selepas ditemui sewaktu sempadan Malaysia-Singapura ditutup berikutan pandemik COVID-19 ketika itu.
Sumber : Bernama/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita