Skip to main content

Dunia

Warga Korea ditembak di kedai makan di Pattaya kerana 'buat bising'

Anggaran Waktu Membaca:

CHON BURI: Seorang lelaki Korea yang dikatakan membuat bising, ditembak di kakinya oleh seorang lagi pelanggan di sebuah kedai makan di Pattaya, Thailand, pada awal pagi Rabu (22 Feb). 

Peluru kedua terkena kaki seorang penunggang motosikal yang sedang lalu di kawasan itu, lapor Bangkok Post. 

Kejadian tersebut berlaku sekitar pukul 4.00 pagi di sebuah kedai yang menjual makanan timur laut di daerah Bang Lamun, menurut ketua polis Pattaya. 

Anggota polis dan penyelamat yang berada di tempat kejadian berkata, Namil Kim, 47 tahun, seorang warga Korea, ditembak di kaki kanannya. 

Encik Kim mengendalikan sebuah kedai ganja, berdekatan kedai makan tersebut. 

Seorang lelaki Thailand yang melalui kedai itu, Tanawat Saisalee, 25 tahun, terkena tembakan di kaki kirinya. 

Polis menemui dua kelongsong peluru 9 milimeter di tempat kejadian. 

Seorang saksi memberitahu polis bahawa lelaki Korea itu kelihatan mabuk dan membuat bising. 

Seorang lelaki yang duduk berdekatannya, rasa terganggu lalu mengeluarkan pistol dan melepaskan dua tembakan. 

Satu peluru terkena warga Korea itu di kakinya dan satu lagi terkena Encik Tanawat yang sedang dalam perjalanan ke rumahnya setelah tamat bekerja. 

Penembak itu melarikan diri dari tempat kejadian, menurut Bangkok Post.

Insiden tersebut dirakam menerusi kamera keselamatan kedai itu dan polis sedang mengesan penembak berkenaan.

Sumber : Agensi berita/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita