Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Warga Johor di S'pura boleh undi melalui pos buat kali pertama

Pilihan tersebut adalah salah satu daripada beberapa perubahan pilihan raya yang akan dilaksanakan bagi Pilihan Raya Johor.

Anggaran Waktu Membaca:
Warga Johor di S'pura boleh undi melalui pos buat kali pertama

Gambar fail Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia menguruskan undian melalui pos. (Gambar: Bernama)

JOHOR BAHRU: Pekerja kesihatan Tan Tse Ling bekerja di Singapura, jauh dari rumah dan keluarganya di Kluang, Johor.

Penutupan berlarutan sempadan antara Malaysia dengan Singapura juga menyukarkan Cik Tan untuk berulang-alik.

Namun begitu, wanita berusia 34 tahun itu bertekad mengundi bagi pilihan raya negeri Johor yang akan datang.

"Saya melihatnya sebagai tanggungjawab saya kepada negeri dan negara saya bagi menjalankan hak saya sebagai seorang rakyat. Undi saya mungkin tidak begitu penting dan suara saya mungkin tidak kedengaran tetapi saya akan melakukan yang terbaik supaya suara saya dapat 'sampai' ke seberang," kata beliau kepada Mediacorp.

Cik Tan merupakan salah seorang daripada warga Johor yang berpangkalan di Singapura, yang berjaya mendaftar bagi undian melalui pos.

Undian melalui pos itu pilihan baru bagi warga Johor yang bertugas di Singapura.

Pilihan tersebut, di mana warga Malaysia boleh membuat undian daripada negara-negara jiran, adalah salah satu daripada beberapa perubahan pilihan raya yang akan dilaksanakan bagi Pilihan Raya Johor, menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (EC).

Dalam pilihan raya lalu, warga Malaysia yang berpangkalan di rantau ini seperti di selatan Thailand (Narathiwat, Pattani, Yala, Songkhla and Satun), Singapura, Brunei dan Kalimantan di Indonesia tidak layak membuat undian melalui pos.

Media tempatan menganggarkan antara 100,000 hingga 200,000 warga Johor bekerja di Singapura, yang membentuk sebahagian agak besar pengundi bagi pilihan raya itu.

Seramai 2.57 juta individu layak mengundi bagi pilihan raya akan datang. Perhimpunan negeri Johor sebelum ini dibubarkan sedang pihak kerajaan campuran, yang sedang memegang majoriti satu kerusi, mahukan mandat yang baru.

Cik Tan berkata sudah tiba masanya perubahan pilihan raya dijalankan disebabkan penutupan berlarutan sempadan di tengah-tengah COVID-19 menyukarkan warga Malaysia untuk mengundi.

Beliau menambah walaupun dengan Laluan Penumpang Sudah Divaksin (VTL) antara Singapura dengan Johor, yang membolehkan perjalanan tanpa kuarantin bagi mereka yang sudah divaksin, undian pos tetap menjadi pilihan.

Pendaftaran bagi undian melalui pos bagi pilihan raya negeri Johor yang akan datang berakhir hari ini (18 Feb).

Hari mengundi ditetapkan pada 12 Mac, dua minggu selepas Hari Penamaan Calon pada 26 Februari.

Selepas berjaya membuat pendaftaran, kertas-kertas undi akan dikirimkan ke alamat para pemohon selepas Hari Penamaan Calon. Para pengundi kemudian akan menandakan kertas-kertas undi secara rahsia dan mengirimkannya ke alamat yang tersenarai.

Sumber : CNA/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan