Warga Indonesia ini ditahan kerana seludup 1,000 lipan hidup dalam feri
Percubaan seorang penumpang feri warga Indonesia untuk menyembunyikan 1,000 ekor lipan hidup dalam bungkusan tidak berjaya apabila dikesan semasa pemeriksaan dijalankan di Terminal Feri Stulang Laut di Johor Bahru pada Isnin (6 Sep).
Seorang warga Indonesia cuba seludup 1,000 lipan hidup dalam feri ke Johor Bahru. (Gambar: Utusan Malaysia)
JOHOR BAHRU: Percubaan seorang penumpang feri warga Indonesia untuk menyembunyikan 1,000 ekor lipan hidup dalam bungkusan tidak berjaya apabila dikesan semasa pemeriksaan dijalankan di Terminal Feri Stulang Laut di Johor Bahru pada Isnin (6 Sep).
Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) dalam kenyataannya memaklumkan bahawa hasil pemeriksaan rutin yang dijalankan oleh Pegawai Penguat Kuasa MAQIS menemui lipan hidup itu pada jam 1.00 tengah hari.
"Kesemua lipan hidup yang cuba dibawa masuk itu dianggarkan bernilai RM1,750 (S$566).
"Menurut lelaki warga Indonesia berusia 30-an tahun itu, dia yang merupakan penumpang feri dari Batam, Indonesia mendakwa lipan itu dibawa masuk untuk dijadikan makanan untuk ikan.
"Kes akan disiasat di bawah Seksyen 11 (1) Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 (Akta 728) kerana mengimport tanpa permit, lesen atau perakuan yang dikeluarkan di bawah akta ini," menurut satu kenyataan pada Rabu (7 Sep), lapor Sinar Harian.
Katanya lagi, jika sabit kesalahan, dia boleh didenda tidak lebih RM100,000 (S$32,370) atau dipenjara tidak lebih enam tahun atau kedua-duanya bagi kesalahan kedua atau berikutnya didenda tidak melebihi RM150,000 (S$48,555) atau dipenjarakan tidak lebih tujuh tahun atau kedua-duanya sekali.
"Pihak MAQIS menasihati semua pengimport dan pengeksport supaya sentiasa mengikut peraturan yang telah ditetapkan oleh kerajaan agar kawalan penyakit haiwan, ikan, tumbuh-tumbuhan serta jaminan keselamatan makanan terpelihara di Malaysia," tambah kenyataan itu, menurut laporan Sinar Harian.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.