Skip to main content

Dunia

Warga Indonesia inginkan gandingan tentera-orang awam dalam pilihan raya presiden 2019

Tinjauan ke atas warga Indonesia menunjukkan kebanyakan daripada mereka inginkan gandingan tentera-orang awam dalam pilihan raya presiden 2019.

Anggaran Waktu Membaca:
Warga Indonesia inginkan gandingan tentera-orang awam dalam pilihan raya presiden 2019

Presiden Joko Widodo. (Gambar: Beawiharta/Reuters)

Diterbitkan : 04 Dec 2017 09:44AM Dikemas Kini : 04 Dec 2017 09:53AM

INDONESIA: Tinjauan ke atas warga Indonesia menunjukkan kebanyakan daripada mereka inginkan gandingan tentera-orang awam dalam pilihan raya presiden 2019.

Seramai 1,200 warga Indonesia ditinjau oleh syarikat tinjauan Indo Barometer bulan lalu.

Lebih 20 peratus berpendapat bahawa Presiden Joko Widodo harus bertanding bersama seseorang yang mempunyai latar belakang tentera.

Ini berbanding hanya kurang 2 peratus yang berpendapat beliau harus memilih calon Naib Presiden dari orang awam.

Bagi calon pembangkang bekas panglima tentera Prabowo Subianto, 20 peratus mengatakan bahawa beliau harus bertanding bersama orang awam.

Hanya 0.9 peratus berpendapat bahawa beliau harus memilih gandingan dari latar belakang tentera.  

Sumber : CNA/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita