Warga Indonesia di KL harus undi semula pada 10 Mac
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: Saeed Khan/AFP)
KUALA LUMPUR:Proses pengundian semula Pilihan Raya Umum (Pemilu 2024) bagi seluruh kawasan Kuala Lumpur akan diadakan pada 10 Mac di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur.
Demikian menurut catatan di akaun Facebook kedutaan Indonesia.
Menurut poster disertakan dalam catatan tersebut, proses pengundian semula akan bermula pada pukul 8.00 pagi dan berakhir pada 6.00 petang waktu tempatan.
Poster itu menyatakan bahawa proses tersebut melibatkan 22 stesen mengundi dan 120 kotak undi mudah alih.
"Kedutaan Republik Indonesia menerima pemberitahuan rasmi daripada Suruhanjaya Pilihan Raya Umum (KPU) mengenai Pengundian Semula 2024 di Kuala Lumpur.
"Kedutaan di Kuala Lumpur bukan penganjur Pilihan Raya 2024. Penganjurnya adalah KPU dan Pejabat Badan Pengawas Pemilihan Umum Indonesia (Bawaslu)," tambah kenyataan di Facebook itu.
Sementara itu, KPU dalam catatan di akaun Facebooknya, menukil kenyataan ketua Hasyim Asy'ari, yang berkata bahawa Bawaslu mencadangkan proses pengundian semula untuk dilaksanakan di Kuala Lumpur.
Media tempatan Indonesia melaporkan bahawa pengundian semula itu akan melibatkan 62,217 pengundi berdaftar yang terdiri daripada 42,372 pengundi yang akan ke PWTC dan 19,845 pengundi yang akan mengundi melalui kotak undi di 120 lokasi.
Pengundian semula dilaksanakan selepas polis Indonesia menemui pelanggaran peraturan pilihan raya melibatkan penipuan dan pemalsuan data dijalankan oleh tujuh anggota Ahli Jawatankuasa Pilihan Raya Luar Kuala Lumpur.

Sumber : Bernama/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.