Warga Filipina dipindahkan dari kawasan pantai sedang Taufan Noru semakin hampir
Anggaran Waktu Membaca:
Gambar: AFP
MANILA: Pihak berkuasa Filipina mula memindahkan orang ramai dari kawasan pantai pada Ahad (25 Sep).
Ratusan penduduk tidak dapat melakukan perjalanan melalui laut sedang pulau utama Luzon termasuk Manila, bersiap sedia untuk berdepan dengan taufan kategori 3 yang semakin mengganas, menurut para pegawai.

"Saya meminta datuk bandar kami untuk mematuhi pearturan ketat pemindahan awal," Gabenor wilayah Quezon, Helen Tan, memberitahu stesen radio DZRH.
Para nelayan di kawasan masyarakat pantai juga dilarang pergi ke laut, kata beliau.
Noru, taufan tropika ke-11 melanda Filipina tahun ini akan membawa hujan lebih lebat ke wilayah ibu kota dan wilayah berdekatan pada Ahad petang (25 Sep).
"Saya berharap taufan ini berlalu dengan pantas meskipun ia membawa angin kencang," kata jurucakap agensi bencana, Bernardo Rafaelito Alejandro.
Pihak berkuasa dalam keadaan berjaga-jaga tinggi sekiranya berlaku tanah runtuh, banjir dan angin kencang, kata beliau.
Pengawal Pantai Filipina menyatakan lebih 1,200 penumpang dan 28 kapal terkandas di pelabuhan di selatan ibu negara.

Sumber : Agensi berita/FA/fa
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.