Warga emas tampar pemuda bukan Muslim dilepas tanpa dibebaskan, kes dirujuk kepada AGC
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: Bernama)
JOHOR BAHRU: Seorang warga emas yang tular kerana bertindak menampar seorang lelaki bukan beragama Islam di kedai serbaneka sebuah pusat beli-belah dilepas tanpa dibebaskan (DNAA) oleh Mahkamah Majistret di Johor Bahru pada Rabu (19 Mac) daripada tuduhan sengaja menyebabkan kecederaan.
Bagaimanapun Abdul Razak Ismail, 65 tahun, selaku orang kena saman (OKS) akan dituduh semula di mahkamah pada tarikh lain.
Majistret A.Shaarmini membuat perintah DNAA itu selepas pihak pendakwa mendapat arahan terbaharu untuk mengklasifikasikan kes Abdul Razak sebagai DNAA dan dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) di Putrajaya.
“Pihak pendakwa telah mendapat arahan untuk kes ini diklasifikasikan sebagai DNAA pada masa ini, untuk merujuk kertas siasatan ini ke Ibu Pejabat AGC bahagian pendakwaan di Putrajaya. Jadi kes ke atas anda adalah DNAA,” kata Cik Shaarmini.
Awal dari itu, Abdul Razak mengaku bersalah atas tuduhan sengaja menyebabkan kecederaan ke atas Elijah Ling Zhao Zhong, 22 tahun, di kedai serbaneka sebuah pusat beli-belah di Johor Bahru pada pukul 3.45 petang, Ahad (16 Mac) lalu.
Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga setahun atau dengan denda maksimum RM2,000 (S$600) atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Mengikut fakta kes, pengadu memaklumkan dia ditampar oleh OKS dan hasil pemeriksaan kesihatan mendapati terdapat kesan lebam di bahagian pipi kanan pengadu.
Setelah fakta kes selesai dibacakan, Abdul Razak bagaimanapun tidak mengakui fakta tersebut.
OKS: Tak betul tu.
Majistret: Jadi kamu tidak akui fakta kes itu, oleh itu saya tolak pengakuan bersalah dan kamu perlu melantik peguam untuk membela diri.
OKS: Jika begitu, saya mengaku bersalah sahaja, saya pun ada isteri untuk tanggung.
Majistret: Encik Razak, mahkamah tidak boleh menerima pengakuan salah yang bersyarat seperti “saya tidak akui fakta kes betul-betul, tapi saya nak mengaku salah sebab saya ada tanggungan”. Itu adalah pengakuan salah bersyarat, Mahkamah tidak boleh terima pengakuan salah sebegitu. Saya akan letakkan satu tarikh sebutan memandangkan kamu tidak mengakui fakta kes, untuk kamu melantik peguam.
Sebelum tarikh sebutan ditetapkan, Timbalan Pendakwa Raya Nur Fatihah Mohd Nizam memaklumkan pihaknya menerima arahan terbaharu agar OKS dilepas tanpa dibebaskan dan supaya kes tersebut dirujuk ke ibu pejabat AGC.
Semasa ditanya majistret adakah OKS akan dituduh semula pada masa akan datang, Cik Nur Fatihah menjawab “Ya benar”.

Sumber : Bernama/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.